GADGETS
NVIDIA perkenal Zorah - Demo kemampuan cip grafik Blackwell dan teknologi grafik DLSS 4

NVIDIA memperkenalkan demo teknologi Zorah yang menunjukkan kemampuan cip grafik Blackwell dan teknologi Ray-tracing serta grafik beresolusi tinggi. -Amanz
DENGAN pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 bermula awal tahun ini, syarikat tersebut baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah demo teknologi yang memperlihatkan kemampuan cip grafik Blackwell bersama-sama dengan kemampuan olahan Ray-tracing dan grafik beresolusi dan tetapan tinggi yang dinamakan Zorah.
Ringkasan AI
- NVIDIA memperkenalkan demo teknologi Zorah yang menunjukkan kemampuan cip grafik Blackwell dan teknologi Ray-tracing serta grafik beresolusi tinggi.
- Demo Zorah hadir dengan saiz muat turun 108GB melalui Epic Games Store, menunjukkan adegan dalam permainan dengan 500 juta segi tiga, 2000 zarah cahaya, dan 1500 tekstur.
- Demo ini menggunakan teknologi DLSS 4 untuk penjanaan bingkai grafik dan olahan neural, memastikan ia boleh digerakkan secara lancar.
NVIDIA mengatakan bahawa demo grafik ini akan menghadapi kesukaran untuk digunakan sekiranya ia tidak menggunakan teknologi janaan bingkai terbaru DLSS Super Resolution dan olahan neural (neural rendering) menggunakan AI oleh NVIDIA.
Jika anda memiliki sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 dan komputer anda cukup berkuasa untuk menggerakkannya, anda boleh memuat-turunnya melalui laman web NVIDIA Developer. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami