awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama lawat Masjid Negara dalam kunjungan ke Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2014
14:17 MYT
Obama lawat Masjid Negara dalam kunjungan ke Malaysia
Masjid Negara
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akan melawat Masjid Negara dan mengadakan sesi pertemuan terbuka atau Town Hall di Universiti Malaya dalam kunjungannya ke Malaysia minggu hadapan.
Pada pertemuan Town Hall itu beberapa pemimpin muda negara-negara Asia Tenggara ASEAN dijangka akan turut hadir.
Selain pertemuan yang telah diaturkan dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Obama juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin hak asasi negara ini.
Selain Malaysia, Obama juga akan mengunjungi Jepun, Korea Selatan dan Filipina sepanjang tujuh hari lawatan beliau ke rantau ini, kata jurucakap White House, di Washington.
Menurut Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Susan Rice tiada sebarang mesyuarat atau persidangan akan dihadiri oleh Obama sepanjang satu minggu lawatannya itu.
Barack Obama
Barack Obama
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama membatalkan lawatannya ke rantau ini tahun lalu bagi menangani krisis politik di negaranya.
“Agenda penting untuk setiap negara (dikunjungi) akan menumpukan kepada hubungan dua hala dan mengukuhkan ciri-ciri berbeza dalam strategi Amerika Syarikat di Asia,” katanya.
Obama juga akan menemui pemimpin perniagaan di Jepun dan Korea Selatan, disamping melawat kilang syarikat kereta elektrik Comet di Filipina.
Lawatan ini menyusul selepas perancangan awal pada Oktober tahun lepas terpaksa dibatalkan ekoran krisis penutupan pentadbiran kerajaan negara itu.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Najib Razak
#Obama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan