Kewujudan perkhidmatan perkongsian tanpa stesen, oBike memberi kemudahan kepada masyarakat di sekitar Lembah Klang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Perkhidmatan yang diperkenalkan tahun lepas ini mampu memberi satu alternatif pengangkutan kepada masyarakat untuk berbasikal jika tempat yang ingin dituju sedang menghadapi kesesakan lalu lintas.

Di universiti awam, perkhidmatan oBike turut mendapat sambutan hangat bagi pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Persoalannya, sejauh mana basikal oBike memberi manfaat kepada rakyat di negara kita?

Hasil undian di Twitter di laman media sosial Astro AWANI yang melibatkan sejumlah 2,408 individu mendedahkan majoriti sejumlah 52 peratus pengundi memilih 'tidak” dan selebihnya memilih 'ya'.
Kaji selidik ringkas ini turut memberi pelbagai reaksi netizen:



Disebabkan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan kurang kesedaran sivik, basikal kuning ini menjadi mangsa vandalisme.

Beberapa buah basikal didapati ditukar warna, komponen dicuri dan ada yang 'tamat' riwayat akibat dicampak ke dalam tasik.

“Saya berpendapat, kurangnya kesedaran sivik mengakibatkan perkara ini berlaku,”jelas seorang pereka grafik, yang hanya dikenali sebagai Wong, ketika ditemui oleh Astro Awani, baru-baru ini.

Arkitek yang mesra dengan panggilan Syahrul Nizam menzahirkan kekecewaannya dengan senario ini, apatah lagi menurutnya kemudahan yang diberikan sepatutnya dihargai untuk kegunaan masyarakat di negara ini.

Terdapat beberapa pembaca yang berkongsikan keadaan basikal oBike yang telah dirosakkan oleh ‘tangan-tangan jahat’.

Basikal Obike dijumpai didalam sebuah rumah sebagai kepunyaan sendiri.
Basikal Obike dijumpai didalam sebuah rumah sebagai kepunyaan sendiri di Damansara. (sumber- foto Pembaca Astro AWANI/Hafifi Haris)
Disebabkan sikap segelintir masyarakat yang tidak mempunyai tanggungjawab dan tiada kesedaran sivik, basikal ini akhirnya menjadi mangsa vandalisme.  Hasilnya, terdapat banyak basikal yang dirosakkan, beberapa komponen dicuri, malah terdapat juga yang dicampak ke dalam tasik.  “Saya berpendapat, kurangnya kesedaran sivik mengakibatkan perkara ini berlaku,”jelas seorang pereka grafik, Wong, ketika ditemui oleh Astro Awani.   Bagi seorang arkitek, Syahrul Nizam, beliau kecewa basikal itu dirosakkan kerana kemudahan yang diberikan sepatutnya dihargai untuk kegunaan semua masyarakat.  Terdapat beberapa pembaca yang berkongsikan keadaan basikal Obike yang telah dirosakkan oleh ‘tangan-tangan jahat’.   Adakah ini masyarakat yang kita mahukan dalam keadaan negara sedang menuju Wawasan 2020 dan juga Transformasi Nasional 5050?
Seorang pengguna Facebook menjumpai basikal oBike yang dibuang ke dalam Tasik Putrajaya.- Sumber foto Pembaca Astro AWANI/Hafiz Hardy

Seorang pengguna Facebook, Darul Azzuan Rosman mengaku yang aduan demi aduan telah dibuat kepada pihak Obike mengenai hal ini.

Walaupun begitu, tiada tindakan lanjut dijalankan oleh pihak oBike.

Melalui Facebook, Darul Azzuan Rosman berkongsikan kepada pihak Astro Awani mengenai aduan yang telah disuarakan kepada Obike.

Kes ini tidak patut dipandang ringan oleh masyarakat dan tidak dibendung di peringkat awal, pastinya akan menjadi kronik.