KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu hari ini mengesahkan ketulan objek yang ditemui seorang wanita ketika sedang memancing di perairan Marang pada akhir Nov lepas bukan muntah ikan paus.
Pengarahnya Ruzaidi Mamat berkata pihaknya telah mengambil sampel ketulan tersebut daripada wanita itu pada 15 Dis lepas untuk dianalisis di makmal Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Beliau berkata hasil uji kaji penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Dungun dan UMT mendapati bahawa objek tersebut bukan muntah ikan paus kerana tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif iaitu 'ambrein', 'epicoprosterol' dan 'coprostanone' di dalamnya.
"Sebaliknya, kandungan yang dijumpai pada sampel itu mendapati ia terbentuk daripada pengumpulan bahan organik seperti asid lemak lalu membentuk ketulan sedikit berfiber (berserabut).
"Secara saintifiknya, peratusan terbanyak yang terkandung di dalam ketulan tersebut ialah Pyrazole (94.56 peratus) dan Pyrrole (3.34 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Peniaga jumpa ketulan pepejal dipercayai muntah ikan paus
Pada 14 Dis lepas, media melaporkan seorang wanita dari Kemaman menjumpai objek yang dipercayai muntah ikan paus itu ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lepas.
Susulan itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah berkunjung ke rumah wanita tersebut pada keesokan harinya untuk mengambil sedikit sampel bagi tujuan kajian sama ada ia benar-benar muntah ikan paus atau hanya gumpalan sisa-sisa lain yang dibawa ombak.
Mengulas lanjut, Ruzaidi berkata sebaik sahaja keputusan rasmi dikeluarkan pagi semalam, satu perbincangan antara Jabatan Perikanan Malaysia dan UMT telah dilaksanakan dan keputusan itu turut disahkan Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari.
"Analisis termal turut dilaksanakan bagi mengetahui takat lebur ketulan yang dijumpai. Melalui analisis tersebut, takat lebur ketulan yang dijumpai adalah 76.04?C sedangkan takat lebur ambergris tulen ialah 82.32?C.
"Dakwaan mengatakan ketulan tersebut mengeluarkan bau yang wangi adalah diandaikan daripada bahan 1H-Pyrazole yang terdapat bersama ketulan tersebut dan bahan ini mempunyai salah satu struktur gegelang heterosiklik dan akan mengeluarkan bau atau aroma apabila dibakar," katanya.
Di Malaysia, hanya UMT satu-satunya universiti yang berupaya untuk menentusahkan ketulenan sampel ambergris itu berdasarkan kepakaran PPPL yang turut dibantu oleh pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT serta Universiti Plymouth di England.
Mengulas berkaitan isu perdagangan antarabangsa bagi muntah ikan paus pula, Ruzaidi berkata ia tertakluk kepada Akta 686 iaitu Perdagangan Antarabangsa mengenai spesies terancam dan memerlukan permit Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Mengenai Spesies Terancam (CITES) daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
"Tanpa permit tersebut, pihak yang terlibat boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 23 2021
Pada 14 Dis lepas, media melaporkan seorang wanita dari Kemaman menjumpai objek yang dipercayai muntah ikan paus itu ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang.- Foto Astro AWANI
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
20 tentera maut, gudang peluru di Kemboja meletup
Sebuah gudang peluru tentera meletup pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera dan mencederakan beberapa yang lain di tengah Kemboja.
Tumpuan Isnin - 29 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Objek ditemui wanita di Marang bukan muntah ikan paus - Jabatan Perikanan
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu hari ini mengesahkan ketulan objek yang ditemui seorang wanita ketika sedang memancing di perairan Marang pada akhir Nov lepas bukan muntah ikan paus.
UMT terima sampel 'muntah ikan paus' untuk analisis
Proses analisis ini hanya menggunakan sedikit sahaja daripada kuantiti sampel yang diberikan.
Muntah ikan paus: Usah teruja, sahkan dahulu ketulenan
Tiada lagi rakyat Malaysia yang menjadi 'jutawan segera' setelah menjumpai muntah ikan paus di perairan negara setakat ini.