awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Objek seakan kelongsong peluru meriam lama dimusnahkan - Polis

Bernama
Bernama
11/08/2021
09:23 MYT
Objek seakan kelongsong peluru meriam lama dimusnahkan - Polis
Dua objek menyerupai bom lama telah dijumpai oleh seorang warga tempatan semasa bekerja di kawasan tanah lapang untuk dijadikan kebun di Bandar Putera Klang. - Foto: Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis memusnahkan dua objek seakan kelongsong peluru meriam lama yang tidak aktif bagi tujuan keselamatan, selepas ditemukan oleh seorang pekebun di tanah lapang Bandar Putera, Klang dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan dua biji objek yang dikatakan menyerupai bom lama itu selepas menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki tempatan sekitar pukul jam 11.56 pagi.
Shamsul Ammar berkata bertindak atas panggilan tersebut, pasukannya segera ke lokasi penemuan dan hasil pemeriksaan awal bersama anggota Tentera Mekanikal Rifle Persenjataan (Amra) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah mengesahkan objek menyerupai bom itu seakan kelongsong peluru meriam lama yang tidak aktif.
"Dua objek menyerupai bom lama telah dijumpai oleh seorang warga tempatan semasa bekerja di kawasan tanah lapang untuk dijadikan kebun di Bandar Putera Klang. Objek tersebut tertanam di dalam tanah dan dijumpai semasa proses menggali tanah.
"Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor telah dihubungi dan memusnahkan objek tersebut di kawasan berhampiran penemuan bagi tujuan keselamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan berhubung penemuan objek tersebut melalui akaun Facebook miliknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#kelongsong peluru
#meriam
#bandar putera
#Klang
#PDRM
#Shamsul Amar Ramli
#MERS 999
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan