KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini mengecam dan menolak segala tindakan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.
Perkara itu dinyatakan dalam ucapan Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha ketika mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif pertubuhan itu yang diadakan secara maya.
Mesyuarat tergempar itu diadakan atas permintaan Indonesia untuk membincangkan kekasaran tentera Israel yang semakin melampau sejak kebelakangan ini terhadap umat Islam Palestin di masjid suci itu.
Beliau berkata, Bumi Palestin secara amnya dan kota Baitulmaqdis khususnya baru-baru ini menyaksikan peningkatan serangan dan pencerobohan oleh tentera Israel yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas tapak suci Islam dan Kristian, terutamanya Masjid Al-Aqsa.
"Saya telah bercakap dengan beberapa pihak antarabangsa dan memaklumkan kepada mereka tentang penolakan dan kecaman OIC terhadap percubaan Israel yang memaksa pembahagian ruang dan waktu dalam kawasan Masjid Al-Aqsa untuk rakyatnya.
"Kami sekali lagi menyeru kepada semua pihak dan pertubuhan antarabangsa untuk memikul tanggungjawab mereka dan terlibat dalam usaha yang membawa kepada pengakhiran pencerobohan Israel serta mewujudkan penubuhan Negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
"Kami juga ingin menekankan keperluan dan kepentingan dalam memelihara sejarah dan undang-undang yang wujud di Masjid Al-Aqsa kerana ia adalah tempat ibadat suci khusus untuk umat Islam", katanya.
Setakat ini, seramai 200 rakyat Palestin cedera di perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika pertempuran tercetus dengan tentera Israel sejak beberapa minggu lalu.
Tapak suci yang menjadi pertikaian antara dua agama itu dikenali sebagai perkarangan Masjid Al-Aqsa untuk umat Islam dan Temple Mount bagi Yahudi, terletak di Kota Lama Baitulmaqdis dan diilhakan Israel ketika perang Asia Barat 1967.
Tapak itu telah ditadbir oleh Wakaf Muslim Jordan tetapi dikawal pasukan polis Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Setakat ini, seramai 200 rakyat Palestin cedera di perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika pertempuran tercetus dengan tentera Israel sejak beberapa minggu lalu. - Gambar/ AP

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac - Zahid
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bilangan mangsa banjir Sabah kembali meningkat
Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Zambry, rakan sejawat dari Gambia sahkan komitmen perkukuh hubungan bilateral
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Jumaat menerima kunjungan Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Gambia Dr Mamadou Tangara.

OIC kecam pencabulan berterusan Israel ke atas Al-Aqsa
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa mengecam pencabulan berterusan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan menggesa usaha ke arah melindungi Al-Quds Al-Sharif.

OIC sambut baik PBB lulus resolusi mengenai pendudukan Israel
OIC memuji pendirian negara-negara yang menyokong resolusi itu yang menyaksikan komitmen tegas mereka terhadap undang-undang antarabangsa.

Tanah runtuh Batang Kali: OIC rakam ucapan takziah
Ucapan takziah itu disampaikan Setiausaha Agungnya Hissein Brahim Taha melalui akaun Twitter OIC.

Tiba masanya OIC tubuhkan jabatan khas untuk pelarian - Syed Hamid Albar
Jabatan itu diperlukan untuk menangani pelbagai masalah mengenai pelarian terutamanya membabitkan akses kepada pendidikan.

Saifuddin cadangkan OIC tubuhkan Yayasan Pendidikan Pelarian
Ia adalah bagi merancang, mempermudah dan membangunkan intervensi dalam semua bidang pendidikan untuk pelarian.

Pakistan suara kebimbangan kebangkitan Islamofobia
Pakistan menyuarakan kebimbangannya mengenai kebangkitan Islamofobia ke atas umat Islam di Eropah, pada mesyuarat Kumpulan Hubungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Malaysia cadang kongsi kepakaran sukan negara anggota OIC
Ahmad Faizal berkata negara anggota OIC turut menyambut baik pengalaman dikongsikan Malaysia dalam usaha pembangunan belia dan sukan.

Ketua OIC gesa negara anggota hulur bantuan banjir kepada Pakistan
Beliau menyeru OIC menghulurkan "bantuan kecemasan bagi mengurangkan penderitaan penduduk yang terjejas".

MWL, OIC kecam serbuan Israel terhadap Masjid Al Aqsa dan serangan berterusan ke atas Gaza
Sekretariat Agung OIC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ratusan pendatang haram Yahudi yang mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa.