KUALA LUMPUR:Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berminat untuk memulakan perniagaan disaran memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) yang ditawarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendaftar perniagaan mereka secara percuma.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pembaharuan sijil perniagaan juga diberikan secara percuma di bawah skim itu dalam usaha menggalakkan OKU melibatkan diri dalam perniagaan terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19 pada masa ini.
Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 12,161 perniagaan telah didaftarkan di bawah skim S1OKU1P yang mula diperkenalkan pada 2012.
"Di seluruh negara ada lebih 580,000 OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hanya kira-kira 12,000 perniagaan yang berdaftar di bawah skim ini.
"Nampaknya masih ramai lagi yang boleh didaftarkan di bawah skim ini dan ada peluang besar buat mereka (OKU), dan kita sedia membantu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil pendaftaran perniagaan S1OKU1P kepada usahawan OKU Mohd Nor Abdullah di sini, hari ini.
Kisah Mohd Nor, 28, yang dilahirkan tanpa tangan tular baru-baru ini, dengan perniagaan nasi lemak 'Bujang Dek Mat' hasil usahanya sendiri.
Sementara itu, Nanta dalam satu kenyataan yang diedarkan pada majlis itu, memaklumkan dengan mendaftarkan perniagaan di SSM, peniaga dapat memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berurusan dengan perniagaan dijalankan mereka di samping berpeluang mengembangkan potensi perniagaan masing-masing.
"Memiliki perniagaan yang didaftarkan sangat penting bagi setiap usahawan termasuklah golongan OKU bagi membolehkan mereka memenuhi syarat permohonan untuk mendapatkan bantuan latihan kemahiran, pembiayaan dan lain-lain bantuan yang disediakan oleh agensi kerajaan," menurutnya.
Pada masa ini, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menetapkan fi bagi mendaftarkan perniagaan baharu dan pembaharuan pendaftaran perniagaan adalah sebanyak RM60 bagi pendaftaran menggunakan nama tred dan RM30 bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 12,161 perniagaan telah didaftarkan di bawah skim S1OKU1P yang mula diperkenalkan pada 2012. Foto: Bernama

Jadikan dana awam pembiayaan politik sebagai undang-undang negara
Salah seorang panelis, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berpendapat, parti politik itu sendiri perlu mengambil inisiatif dalam meyakinkan pembayar cukai untuk tujuan berkenaan. Lazimnya, jelas beliau lagi, pembayar cukai perlu mengetahui sejauh mana ketelusan parti politik menguruskan wang, supaya ia tidak disalah guna bagi tujuan korup.

China perketat langkah disinfeksi, jamin keselamatan makanan import
China mengambil langkah memperketatkan proses disinfeksi produk makanan importnya bermula dari peringkat kastam sehingga ke rak pasar raya. Walaupun virus COVID-19 yang dikesan mungkin yang sudah tidak aktif dan tidak dapat menjangkiti individu, namun ia adalah sebagai langkah keselamatan tambahan.

Politik | Polisi awam berkaitan dana politik diperlukan
Satu polisi awam yang khusus berkaitan dana pembiayaan politik diperlukan untuk mengelakkan kebergantungan kepada dana asing. Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, dana asing merupakan satu bentuk ancaman kepada negara kerana berpotensi menjejaskan integriti.

Penduduk di komuniti lama Beijing nikmati naiktaraf infrastruktur
Penduduk bandar lama Beijing di Tianqiaowan yang dibina pada tahun 1995 kini menikmati hidup yang lebih baik dengan pelbagai naik taraf infrastruktur dilakukan. Ia selaras degan usaha untuk menjadikan ia sebagai pusat pentarbiran baharu Beijing.

COVID-19 | Austria wajibkan pemakaian pelitup muka jenis FFP2
Kerajaan austria mewajibkan pemakaian pelitup muka medikal jenis FFP2 di kedai dan pengangkutan awam dalam langkah terbarunya untuk mengawal penularan wabak COVID-19. Ini kerana topeng itu dikatakan mempunyai penapis yang lebih baik berbanding pelitup muka jenis kain.

Dilahirkan atas perahu semasa banjir, bayi dinamakan Siti Noor Banjiriah
Ibu bayi berkenaan melahirkannya ketika berada di atas bot sewaktu paras air naik dan menenggelamkan beberapa wilayah di Kalimantan Selatan.

Pelakon Korea Selatan, Song Yoo-jung meninggal dunia, sebab kematian tidak didedah
Song memulakan kariernya sebagai model jenama kosmetik sebelum beralih ke bidang lakonan pada tahun 2013.

COVID-19 | Kerajaan gagal kawal COVID-19 - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana gagal mengawal COVID-19 di Malaysia.

COVID-19 | KKM jangka PKP hanya empat minggu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja.

PdPR | Lima beradik berebut telefon pintar ikuti pembelajaran
Lima beradik di Kampung Sri Kulim, Melor, Kota Bharu, Kelantan terpaksa berebut telefon pintar milik ibunya hampir setiap hari bagi memastikan mereka tidak ketinggalan mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).

Braille: Titik-titik yang menyinari kehidupan OKU penglihatan
Braille terbukti membantu kejayaan baik dari aspek sosio-ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan juga politik.

Kerajaan disaran naikkan syarat minimum Elaun Pekerja Cacat
Kerajaan disaran agar menaikkan syarat minimum gaji Elaun Pekerja Cacat (EPC) selaras dengan kenaikan Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baru-baru ini.

Pengarah 'Mael Totey The Movie' bakal diangkat sebagai ikon pengarah muda - Finas
Kejayaan filem "Mael Totey The Movie" arahan pertama Muhammad Syahmi mengutip lebih RM7 juta, bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda.

Bantuan bulanan JKM RM1,000 akan dilaksanakan segera - Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin beri jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang.

OKU disaran daftar perniagaan dengan SSM secara percuma
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pembaharuan sijil perniagaan juga diberikan secara percuma di bawah skim itu.

Ras Adiba cipta beberapa rekod "yang pertama" sebagai Pengerusi baharu Bernama
Pelantikannya sebagai pengerusi baharu Bernama menyaksikan Ras Adiba Radzi, 52, mencipta beberapa rekod "yang pertama".

Kehidupan tukang urut OKU kian 'kelam'
Kekurangan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan tukang urut buta sejak pandemik COVID-19 melanda negara menyebabkan kehidupan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pulau Pinang bertambah sukar.

Siaran langsung sidang Dewan Rakyat kini ada jurubahasa isyarat
OKU pendengaran kini berpeluang mengikuti persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara apabila buat pertama kalinya siaran langsung persidangan itu menggunakan khidmat jurubahasa isyarat.

Gagal buat pusingan-U, OKU warga asing mabuk rempuh lima kereta
Hasil pemeriksaan suspek yang kudung kaki kiri tidak mempunyai lesen memandu antarabangsa dan mengaku memandu di bawah pengaruh alkohol.

Wanita galas tugas ketua keluarga demi sara enam anak OKU
Ibu kepada tujuh orang anak ini terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut selepas suaminya diserang penyakit asma kronik.