awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OKU Sentral saran KKM wujud dasar penyakit jarang jumpa

Bernama
Bernama
17/01/2023
14:45 MYT
OKU Sentral saran KKM wujud dasar penyakit jarang jumpa
Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyarankan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mewujudkan Dasar Penyakit Jarang Jumpa bagi menjaga kebajikan dan penjagaan kesihatan komuniti penghidap penyakit itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyarankan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mewujudkan Dasar Penyakit Jarang Jumpa bagi menjaga kebajikan dan penjagaan kesihatan komuniti penghidap penyakit itu.
Beliau berkata ia merangkumi dana sokongan kerajaan, penyelidikan jujukan genom, jumlah pakar genetik dan penyediaan fasiliti rawatan di hospital atau klinik pakar.
"Dalam pada itu, Perkhidmatan Ubat Genom atau dikenali sebagai Genomics Medicines Service (GMS) yang boleh menyepadukan teknologi genomik, termasuk penjujukan keseluruhan genom ke dalam penjagaan klinikal, harus diwujudkan.
"Kita harus memimpin dunia dalam penggunaan data dan teknologi untuk mencegah penyakit, bukan hanya merawatnya. Perkara seperti ini telah dilakukan dengan jayanya oleh United Kingdom," katanya semasa sesi kunjungan hormat ke atas Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini.
Ras Adiba turut menggesa supaya Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) ditambah dan terdapat sekurang-kurangnya satu pusat itu di setiap daerah bagi mengatasi masalah kesihatan mental yang semakin membimbangkan.
"Peruntukan tambahan harus juga diberi bagi menambah baik fasiliti semasa pusat-pusat Mentari, selain meneliti semula cadangan terdahulu berkenaan penubuhan Institut Kesihatan Mental," katanya.
Sementara itu, mengenai kertas putih yang disasar dibentangkan di Parlimen pertengahan tahun ini, Ras Adiba meminta agar elemen penjagaan dan reformasi kesihatan OKU dimasukkan sebagai fokus utama.
Antara lain termasuk meneliti semula garis panduan caj pemeriksaan kesihatan bagi pengesahan ketidakupayaan OKU supaya caj RM100 di bawah Perintah Fi (Perubatan) 1982 dimansuhkan bagi menggalakkan individu OKU berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya.
Beberapa lagi cadangan termasuk memperluas dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada golongan OKU, khususnya wanita kurang upaya serta menyediakan lebih ramai pengamal perubatan dan anggota kesihatan yang terlatih dalam bidang ketidakupayaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU Sentral
#KKM
#penyakit jarang jumpa
#Ras Adiba Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan