awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OKU warga emas maut dalam kebakaran di Pasir Mas

Bernama
Bernama
11/12/2021
09:48 MYT
OKU warga emas maut dalam kebakaran di Pasir Mas
Mangsa yang berusia 71 tahun dijumpai rentung dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 4.30 pagi. - Gambar/ Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang lelaki warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan rentung selepas kediamannya di Kampung Tanjung Rendang, di sini, terbakar awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mangsa Abdul Manan @ Zakaria Ismail, 71, dijumpai rentung dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 4.30 pagi.
Beliau berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 5 pagi melalui MERSS 999 sebelum memaklumkan kepada pasukan MPV untuk ke tempat kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kayu dan batu satu tingkat dan lebih kurang 90 peratus didapati telah terbakar. Ketika itu, anggota bomba yang terbabit dalam operasi memadam mendapati ada mangsa maut terbakar dan telah dihantar ke Hospital Pasir Mas," katanya.
Beliau berkata punca kejadian masih belum dipastikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#oku rentung
#Kampung Tanjung Rendang
#Pasir Mas
#Mohd Nasaruddin M Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan