BEIJING: Presiden China, Xi Jinping berkata temasya Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 berjaya mempamerkan pertandingan yang menarik dan menerima maklum balas positif masyarakat antarabangsa.
Beliau berkata, kejayaan itu hasil usaha kerajaan menyediakan kemudahan bertaraf dunia di tiga zon pertandingan dan pihak penganjur berjaya mengendalikan acara dengan lancar dan profesional, selain perkhidmatan mesra dan berkualiti.
"Temasya sukan kali ini berjaya menarik berbilion penonton, sekali gus menyaksikan tercapainya satu rekod baharu iaitu kadar tontonan paling tinggi dalam sejarah Olimpik Musim Sejuk.
"Selepas mengharungi pelbagai kesukaran, rakyat China bersama penduduk dunia sekali lagi menyajikan temasya gemilang yang terpahat dalam sejarah, dan berkongsi kemuliaan Olimpik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penghargaan untuk badan dan individu yang memberi sumbangan pada temasya sukan itu, di Dewan Besar Rakyat di sini pada Jumaat.
Selain mendorong interaksi antara tamadun, meningkatkan perpaduan dan kerjasama global, beliau berkata temasya kali ini juga membawa keyakinan serta harapan kepada dunia yang sedang bergolak.
Penganjuran sukan itu telah mendapat bantuan dan sokongan daripada pertubuhan antarabangsa termasuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), serta kerajaan, rakyat dan pelbagai negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022
Kejayaan itu hasil usaha kerajaan menyediakan kemudahan bertaraf dunia di tiga zon pertandingan dan pihak penganjur berjaya mengendalikan acara dengan lancar dan profesional, selain perkhidmatan mesra dan berkualiti. - AP
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Salji tebal ganggu jadual Olimpik Musim Sejuk
Beijing sebelum ini dikritik kerana menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk pertama yang menggunakan hampir 100 peratus salji tiruan.
Siapa gerangan jejaka 'sado', badan 'berminyak' di Olimpik Pyeongchang?
Pemain ski dari Tonga itu memukau para penonton dengan penampilan separuh bogelnya dan memastikan upacara terus panas dalam suasana dingin.
Nasib Semenanjung Korea selepas Pyeongchang 2018 jadi tanda tanya
Kunihiko Miyake percaya selepas temasya sukan yang berlangsung empat tahun sekali itu berakhir, Korea Utara akan meneruskan provokasinya di kawasan tersebut.
Terkial-kial main ski, tetap sampai ke Olimpik, Swaney harap jadi inspirasi
Dalam video itu, Elizabeth Swaney, 33 tahun, dilihat bukan sahaja tidak mampu melakukan sebarang trick, dia juga gagal melakukan dua basic runs, yang merupakan asas dalam pertandingan ski.
Orang Malaysia ketuai dapur halal Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018
Chef Faizul Hazly Ghazali akan mengetuai sepasukan 16 orang chef yang akan menyediakan 19,000 hidangan halal kepada 170 perwakilan Muslim dari 96 negara bertanding.