awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo: IOC keluar buku panduan versi kedua

Astro Arena
Astro Arena
04/05/2021
00:12 MYT
Olimpik Tokyo: IOC keluar buku panduan versi kedua
Norza, akan mengadakan bengkel persediaan buat atlet serta pegawai untuk memahami sepenuhnya SOP yang ditetapkan penganjur. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: 81 hari menjelang Sukan Olimpik Tokyo, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan buku panduan versi kedua bagi tujuan keselamatan semua pihak sekaligus menyaksikan temasya kali ini berlangsung dalam suasana kritikal dan penuh tekanan dalam sejarah.
Sehubungan itu, presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, akan mengadakan bengkel persediaan buat atlet serta pegawai untuk memahami sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan penganjur.
Buku panduan versi kedua setebal 51 muka surat itu bertujuan untuk meningkatkan keyakinan bahawa Sukan Olimpik akan dapat diteruskan meskipun pandemik masih belum dikawal sepenuhnya menjelang hari pembukaan 23 Julai ini.
Antara intipati pengkhususan ialah atlet tidak dibenarkan untuk menggunakan pengangkutan awam dan kekal di dalam gelembung sukan ketika berada di Tokyo selain keperluan untuk menjalani ujian Covid-19 setiap hari.
Sementara itu, Norza mengumumkan pembawa bendera negara bagi Olimpik Tokyo, atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad dan pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama kontingen negara diwakili dua pembawa bendera dengan Liu Ying muncul pemain badminton ketiga diberi mandat itu selepas Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Razif Sidek.
Topic Berkaitan
#Lee Chong Wei
#SOP
#Tokyo
#COVID-19
#pandemik
#Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan