KUALA LUMPUR: Tidak perlu bimbang secara keterlaluan berhubung varian Omicron sekiranya setiap pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan kes COVID-19, kata pakar kesihatan awam Prof Madya Dr Malina Osman.
Jelasnya, keadaan masih terkawal dan impak varian baharu itu masih tidak begitu ketara setakat ini, walaupun ada kemungkinan sudah terdapat beberapa kes varian Omicron yang lain di negara ini.
“Kita tidak perlu risau dengan begitu keterlaluan untuk menghadapi varian Omicron.
“Saya berpendapat keadaan masih terkawal dan kesiapsiagaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi-agensi lain yang terlibat sangat berkesan dalam mengekang penularannya.
“Walaupun hanya ada satu kes yang dikesan, mungkin ada lagi beberapa kes yang masih belum dikesan tetapi impaknya tidak begitu ketara,” ujar Dr Malina.
Jelas beliau, ini kerana indikator-indikator pengurusan wabak COVID-19 negara sejak beberapa minggu lalu didapati terkawal secara keseluruhan.
Meskipun terdapat sedikit peningkatan, katanya, namun kadar jangkitan masih kekal dalam julat yang sedemikian tanpa peningkatan yang ketara.
Tambahnya, walaupun masih banyak yang tidak diketahui mengenai varian Omicron, namun berdasarkan petunjuk di negara-negara yang mengesan penularan varian itu, kesannya tidak jelas seperti mana varian Delta melanda India dahulu.
Namun, tegas Dr Malina, langkah berhati-hati dan kesiapsiagaan perlu diteruskan sehingga lebih banyak maklumat diperolehi berhubung varian baharu itu.
“Di sinilah peranan kita untuk patuh kepada SOP. Jika kita patuh kepada SOP, tidak perlu bimbang secara keterlaluan,” katanya.
Pada Jumaat, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa KKM telah mengesan kes pertama varian Omicron di negara ini, melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian membimbangkan (VOC) itu telah dikesan sekurang-kurangnya di 23 negara setakat Rabu.
Nailah Huda
Fri Dec 03 2021
Keadaan masih terkawal dan impak varian Omicron masih tidak begitu ketara setakat ini, walaupun ada kemungkinan sudah terdapat beberapa kes varian Omicron yang lain di negara ini. - Astro AWANI
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron
Daripada jumlah itu, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).
COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.
Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.
COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini
Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.
Kes COVID-19 dalam negara masih terkawal - Dr Zaliha
Kes COVID-19 di dalam negara ini masih lagi terkawal meskipun berlaku sedikit peningkatan kebelakangan ini dan rakyat tidak perlu panik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.