Ong Kian Ming positif COVID-19

Astro Awani
Oktober 11, 2021 12:31 MYT
Menerusi bebenang Twitter peribadi beliau, Kian Ming berkata beliau menjalani ujian kendiri COVID-19 sekitar jam 3.30, lalu disahkan positif. - Sumber foto Twitter Ong Kian Ming
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan di Kompleks Parlimen, di sini petang tadi.
Menerusi bebenang di Twitter peribadi beliau, Kian Ming berkata beliau menjalani ujian kendiri COVID-19 sekitar jam 3.30 petang Isnin, lalu disahkan positif.
"Ia disahkan menerusi ujian RT-PCR satu jam kemudian. Saya tidak mempunyai sebarang gejala. Saya akan menjalani kuarantin di rumah dalam tempoh 10 hari ini.
"Saya akan maklumkan kontak rapat saya dalam tempoh satu jam ini atau lebih ini," katanya.

1) I went to parliament after lunch today. Did my COVID19 self-test at 330pm. Test came back positive. Confirmed by a PCR test an hour later. I don't have any symptoms. I will be quarantining at home for the next 10 days. Will spend the next hour or so alerting my close contacts. pic.twitter.com/EVmzTv7MQv

— Ong Kian Ming (@imokman) October 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli Parlimen DAP itu turut mengesahkan beliau telah disahkan negatif menerusi ujian sama di Parlimen pada Rabu, minggu lalu.
"Tidak pasti siapa atau di mana saya menjadi kontak rapat. Saya akan luang tempoh masa dua minggu ini menangani kes-kes di kawasan dan menulis beberapa kenyataan media," ujarnya.
BACA: Dewan Rakyat benar ahli Parlimen buka pelitup muka ketika berbahas - Speaker
BACA: Pakar respiratori persoal keputusan benarkan MP buka pelitup muka ketika berbahas di Dewan Rakyat
Kian Ming pada masa sama menyatakan bahawa masyarakat perlu menerima bahawa virus ini merupakan endemik.
"Protokol ujian (COVID-19) di Parlimen menunjukkan bahawa kita boleh bekerja dan beroperasi secara normal," katanya.
Tidak perlu pakai pelitup muka ketika berbahas
#Ong Kian Ming #positif COVID-19 #COVID-19 #Parlimen