awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat benar ahli Parlimen buka pelitup muka ketika berbahas - Speaker

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/10/2021
04:59 MYT
Dewan Rakyat benar ahli Parlimen buka pelitup muka ketika berbahas - Speaker
Azhar berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan pandangan dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Parlimen - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rakyat Dewan Rakyat hari ini membenarkan semua Ahli Parlimen untuk membuka pelitup muka ketika sesi perbahasan.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan pandangan dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Parlimen.
"Berdasarkan penilaian risiko, KKM berpandangan, pelitup muka ketika perbahasan di dalam Dewan Rakyat dibenarkan untuk dibuka.
"Tetapi ahli-ahli Yang Berhormat diingat memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas berucap," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam masa yang sama, Azhar memaklumkan tiada sebarang kes positif dikesan di pekarangan Parlimen sepanjang persidangan berlangsung sejak 4 Oktober lalu.
Ia hasil ujian RT-PCR dan RTK Antigen yang dijalankan ketika tempoh persidangan.
Sebelum ini, Azhar memaklumkan semua Ahli Parlimen tidak dibenarkan menanggalkan pelitup muka ketika bercakap atau berbahas serta menggalakkan pemakaian pelitup muka berganda dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 berlangsung selama 17 hari hingga esok.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Dewan Rakyat
#Buka pelitup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan