awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor ke-19

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2022
08:10 MYT
Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor ke-19
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.
Berangkat sama ke istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Johor yang baharu itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
Onn Hafiz yang sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor amat aktif dalam pergerakan generasi muda.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada 56 kerusi.
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#Menteri Besar Johor
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan