ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC

Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati melalui laman sesawang MCMC https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-releases/faq-the-online-safety-act-2025-onsa. - Gambar Facebook MCMC
KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang bermula hari ini menggariskan kerangka perundangan bagi meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh perlindungan terhadap pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga.
Ringkasan AI
- Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bermula hari ini, menetapkan kerangka perundangan untuk meningkatkan keselamatan dalam talian serta perlindungan pengguna, terutama kanak-kanak dan keluarga.
- ONSA menetapkan tanggungjawab pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kemudaratan dalam talian, termasuk langkah keselamatan, perlindungan kanak-kanak, dan mekanisme pelaporan.
- Peruntukan 'deeming' di bawah Seksyen 46A AKM 1998 turut berkuat kuasa, menjadikan platform media sosial yang memenuhi kriteria pelesenan tertakluk kepada kerangka pelesenan sedia ada dan undang-undang Malaysia, termasuk ONSA.
Bagaimanapun, ia tidak terpakai terhadap pengguna individu.
Menurut MCMC, peruntukan 'deeming' di bawah Seksyen 46A AKM 1998 turut berkuat kuasa hari ini, sekali gus menjadikan semua platform media sosial yang memenuhi kriteria pelesenan tertakluk kepada kerangka pelesenan sedia ada serta perlu mematuhi undang-undang Malaysia, termasuk ONSA.
"Secara keseluruhan, langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan kawal selia yang berstruktur dan berperingkat bagi memastikan platform dalam talian berskala besar yang beroperasi di Malaysia tertakluk kepada pengawasan dan akauntabiliti yang bersesuaian," menurut kenyataan itu.
MCMC turut menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan, ibu bapa dan pendidik, agensi penguatkuasaan undang-undang, pertubuhan masyarakat sivil serta komuniti secara menyeluruh bagi menyokong persekitaran dalam talian yang lebih selamat untuk semua pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga.
Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati melalui laman sesawang MCMC https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-releases/faq-the-online-safety-act-2025-onsa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


