awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ONSA: Perisai keselamatan kanak-kanak dalam talian

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
01/01/2026
12:45 MYT
ONSA: Perisai keselamatan kanak-kanak dalam talian
ONSA telah diluluskan Parlimen pada Disember 2024 dan diwartakan pada 22 Mei 2025, sebagai pelengkap kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar Facebook MCMC
CYBERJAYA: Kemudaratan dalam talian di Malaysia kini semakin serius dan tidak lagi boleh dianggap sebagai isu terpencil.

Ringkasan AI
  • Kemudaratan dalam talian di Malaysia semakin serius disebabkan oleh penipuan, buli siber, dan eksploitasi seksual kanak-kanak yang meningkat, memerlukan tindakan kawal selia yang lebih berkesan bagi melindungi golongan rentan.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) untuk memperkasa tadbir urus keselamatan digital negara dengan tumpuan kepada pencegahan risiko secara sistemik, menjadikan tanggungjawab platform berlesen dalam menilai dan mengurus risiko kandungan negatif.
  • ONSA, diluluskan pada Disember 2024, menetapkan perlindungan kanak-kanak sebagai keutamaan utama dengan pendekatan keselamatan berteraskan reka bentuk platform digital, menyediakan kawalan keselamatan kepada pengguna, serta memindahkan fokus kawal selia dari pengguna kepada reka bentuk dan algoritma platform.

Kes penipuan berskala besar, buli siber serta eksploitasi seksual kanak-kanak terus meningkat sekali gus membuktikan pendekatan kawal selia secara sukarela semata-mata tidak lagi mencukupi untuk melindungi pengguna, khususnya golongan rentan.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) sebagai langkah memperkasa tadbir urus keselamatan digital negara, dengan memberi penekanan kepada pencegahan risiko secara sistemik.
Pakar sosial, Datuk Prof. Mohammad Shatar Sabran, berkata ONSA mengalihkan fokus kawal selia penyalahgunaan siber daripada pengguna semata-mata kepada reka bentuk, sistem serta algoritma platform digital, khususnya demi melindungi kanak-kanak dan keluarga.
Menurut Mohammad Shatar, akta itu memberi tumpuan kepada kandungan berisiko tinggi seperti bahan penderaan seksual kanak-kanak, penipuan, penipuan kewangan, kandungan lucah, gangguan, ugutan serta komunikasi menghasut.
“ONSA ini sangat-sangat tepat dan diperkenalkan supaya kita dapat mengawal secara serius, mengawal sebaik mungkin bagi mengurangkan kebarangkalian perkara-perkara yang tidak diingini berlaku hasil daripada penyalahgunaan media sosial yang ada pada hari ini,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Mercu MQA, di sini.
Tambah Mohammad Shatar, ONSA menetapkan tanggungjawab yang jelas kepada platform berlesen untuk menilai dan mengurus risiko kandungan memudaratkan, selain menyediakan kawalan keselamatan kepada pengguna.
“Dalam konteks ini, penyedia platform juga mempunyai tanggungjawab dan mereka akan membuat penilaian.
“Jika mereka menyediakan platform yang membenarkan perkara-perkara negatif berlaku dalam masyarakat, mereka juga boleh diseret atau didakwa berdasarkan peraturan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.
“Ini merupakan komitmen dan tanggungjawab kedua-dua pihak antara pengguna dengan penyedia platform,” jelasnya.
Keperluan terhadap ONSA turut disokong oleh data semasa yang menunjukkan kerugian sebanyak RM2.7 bilion akibat penipuan dalam talian antara Januari hingga November 2025.
Sejak 2022 pula, 38,470 kandungan buli dan gangguan telah diturunkan, manakala 880,000 fail penderaan seksual kanak-kanak dirampas menerusi Operasi Pedo 2.0.
Statistik ini mencerminkan risiko sistemik yang memerlukan intervensi berstruktur dan bukan sekadar tindakan bersifat reaktif selepas insiden berlaku.
ONSA telah diluluskan Parlimen pada Disember 2024 dan diwartakan pada 22 Mei 2025, sebagai pelengkap kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta ini diwujudkan bagi mengukuhkan tadbir urus keselamatan digital dengan memindahkan fokus kawal selia daripada pengguna kepada reka bentuk, sistem dan algoritma platform.
Akta ini terpakai kepada Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (ASP) dan Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP), termasuk penyedia tempatan dan asing yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di Malaysia, bagi memastikan konsistensi piawaian keselamatan merentas platform.
ONSA meletakkan perlindungan kanak-kanak sebagai teras utama melalui pendekatan keselamatan-by-design, termasuk pengesahan umur, kawalan ibu bapa, tetapan privasi lalai yang lebih selamat, sistem carian dan cadangan sesuai umur serta had interaksi antara dewasa dan kanak-kanak.
Dalam pada itu, Mohammad Shatar menegaskan, akta itu tidak bertujuan menafikan manfaat media sosial atau kemajuan teknologi, sebaliknya memastikan penggunaan digital tidak memberi kesan negatif kepada pembangunan masyarakat dan masa depan generasi muda.
“Kita tidak menolak kehadiran media sosial kerana banyak kebaikan yang dibawa. Namun setiap perkara ada dua sisi positif serta negatif dan akta ini diperkenalkan supaya perkara negatif itu tidak berleluasa dan dapat ditangani lebih awal,” ujarnya.
Mengulas lanjut Mohammad Shatar berkata, keberkesanan ONSA juga bergantung kepada sokongan menyeluruh masyarakat, termasuk ibu bapa, sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna sendiri selain komitmen penyedia platform.
Katanya, Internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga dengan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).
Topic Berkaitan
#MCMC
#ONSA
#keselamatan siber
#platform digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan