GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menyita 146 kenderaan dan mengeluarkan 2,016 saman kerana pelbagai kesalahan sepanjang Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan bermula 30 Dis hingga 1 Jan lepas.
Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 5,340 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang melibatkan 1,294 pegawai dan anggota.
"Op Ambang Tahun 2023 memfokus kepada pencegahan jenayah samseng jalanan secara bersepadu bersama agensi lain dalam usaha memastikan Tahun Baharu tidak dicemari dengan kegiatan jenayah atau lumba haram.
"Hasil operasi itu sejumlah 2,016 saman dikeluarkan, 146 kenderaan disita dan tujuh orang ditahan membabitkan kesalahan antaranya memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kesalahan dadah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar itu, juga bagi mengenal pasti pengguna jalan raya yang melanggar kesalahan dan menggunakan kenderaan diubah suai serta tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Mohd Shuhaily berkata dalam operasi itu pihaknya juga meningkatkan rondaan dan pemeriksaan di beberapa kawasan tumpuan pengunjung serta orang ramai dalam usaha mencegah jenayah.
Menurutnya sebanyak 61 premis pusat hiburan dan 6,427 individu turut diperiksa termasuk melakukan ujian saringan air kencing.
"Daripada jumlah itu, 71 orang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya di bawah Akta Senjata Api 1971, Akta Racun, Akta Dadah Berbahaya, Akta Pertubuhan dan Peraturan Imigresen 1963," katanya.
Katanya polis akan terus menjalankan operasi terutama dalam mencegah samseng jalanan dan mat rempit bagi memastikan keadaan di negeri ini kekal aman dan tenteram.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023

Mohd Shuhaily berkata dalam operasi itu pihaknya juga meningkatkan rondaan dan pemeriksaan di beberapa kawasan tumpuan pengunjung serta orang ramai dalam usaha mencegah jenayah. - Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.15 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6660/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis.

Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar
Penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
Niaga Spotlight: Sarawak's 2024 State Budget
Sarawak's Legislative Assembly unanimously approves the RM12.4 billion 2024 State Budget, emphasizing digitalization for double-digit growth by 2030. The budget allocates funds for development, explores sustainable initiatives, and addresses gender disparities, reflecting a holistic approach to economic and social progress.Full discussion with Datuk Dr Madeline Berma,
Economic Analyst.
Economic Analyst.

Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN
Harga minyak masak botol bagi satu kg kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) berkuat kuasa hari ini.

Mangsa banjir di Pasir Mas berkurangan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas berkurangan kepada 1,495 orang daripada 502 keluarga setakat 9 pagi ini.
Niaga AWANI: KUSKOP: Memperkukuh ekosistem keusahawanan negara
Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP, Wan Ahmad Hilman Wan Adam berkongsi tarikan menarik yang ada di reruai KUSKOP serta bagaimana usahawan dapat menerima manfaat menerusi pelbagai inisiaitf yang dilaksana.

Zambry mahu terus "merakyatkan" Wisma Putra, polisi luar negara
Menteri Luar menyasarkan untuk terus "merakyatkan" Wisma Putra dalam usaha menghebahkan kepentingan polisi luar negara kepada umum dan global.
Niaga AWANI: Setahun Kerajaan Madani: Menyantuni rakyat & mencari keseimbangan fiskal
Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkongsi pandangan beliau berkenaan usaha kerajaan menyantuni rakyat pada masa sama mencari keseimbangan fiskal.

Polis mohon bantuan kesan remaja lelaki hilang di Cheras
Muhammad Daniel Akmal Zulkhair kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, jam 12.30 tengah hari Khamis.
AWANI Ringkas: Mangsa berkurangan ke 1,495 orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Op Ambang Tahun Baharu: 146 kenderaan disita, 2,016 saman dikeluarkan di P. Pinang
Tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 5,340 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang melibatkan 1,294 pegawai dan anggota.

Polis keluar 372 saman, sita 10 motosikal dalam operasi ambang tahun baharu di ibu negara
Ia merupakan hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas 841 buah kenderaan yang terlibat di kesemua lokasi SJR.

KLCC anjur sambutan ambang tahun baharu
KLCCH bersama DBKL akan menampilkan sambutan ekstravaganza ambang tahun baharu selama tiga jam di taman Esplanade KLCC pada 31 Dis.