awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Benteng Laut: TLDM usir 6 bot nelayan asing

Aida Aziz
Aida Aziz
24/07/2022
11:12 MYT
Op Benteng Laut: TLDM usir 6 bot nelayan asing
KD Laksamana Hang Nadim berjaya mematahkan pencerobohan perairan negara dengan pengusiran enam bot nelayan (BNA) asing berdekatan Pulau Jarak kira-kira jam 2.15 petang tadi. - Foto TLDM
LUMUT: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana Hang Nadim sekali lagi berjaya mematahkan pencerobohan perairan negara dengan pengusiran enam bot nelayan (BNA) asing berdekatan Pulau Jarak kira-kira jam 2.15 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, terdahulu Pusat Operasi Armada (POA) menerima maklumat daripada Control Reporting Center (CRC) Kuantan berhubung pengesanan enam BNA berhampiran Pulau Jarak melalui Pesawat CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Jelasnya, maklumat pengesanan lantas disalurkan kepada KD Laksamana Hang Nadim yang kekal melaksanakan rondaan di lokasi sekitar, susulan daripada pengusiran lapan buah BNA yang dilaporkan semalam.
"KD Laksamana Hang Nadim seterusnya melaksanakan tindakan pengusiran kesemua BNA dan kekal membayangi unsur sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.
"Jelas sekali, perancangan strategik dalam merencanakan operasi berpandukan maklumat dan trend berjaya mematahkan tindakan unsur-unsur yang melanggar undang-undang atau menceroboh kedaulatan perairan negara," katanya pada Ahad.
TLDM akan sentiasa memperkasa rondaan serta mempergiat kerjasama bersepadu dengan kesemua agensi maritim di perairan negara. - Foto TLDM
TLDM akan sentiasa memperkasa rondaan serta mempergiat kerjasama bersepadu dengan kesemua agensi maritim di perairan negara. - Foto TLDM
Selain itu, katanya lagi TLDM akan sentiasa memperkasa rondaan serta mempergiat kerjasama bersepadu dengan kesemua agensi maritim di perairan negara.
Ini bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan Zon Maritim Malaysia kekal terpelihara.
Topic Berkaitan
#TLDM
#nelayan asing
#pengusiran
#ceroboh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan