awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Benteng: TLDM patahkan cubaan lima bot nelayan asing ceroboh perairan negara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/04/2022
01:17 MYT
Op Benteng: TLDM patahkan cubaan lima bot nelayan asing ceroboh perairan negara
Pesawat B200T milik TUDM terdahulu mengesan keberadaan lima bot nelayan asing kira-kira 44 batu nautika Tenggara Pulau Perak. - Foto TLDM
LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menghalang cubaan lima buah bot nelayan asing yang dipercayai ingin menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut secara tidak sah diperairan Pulau Perak, dekat sini, petang semalam.
Bahagian Komunikas Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam kenyataannya berkata, kejayaan itu hasil tindakan pantas kapal KD Mahawangsa sebaik menerima maklumat yang disalurkan Maritime Component Commander (MCC) Barat, kira-kira jam 3.50 petang.
Menurutnya, hasil siasatan lanjut mengesahkan terdapat lima buah bot nelayan asing yang sedang cuba memasuki perairan negara.
“Hasil kecekapan dan koordinasi tindakan pantas KD Mahawangsa telah berjaya memintas dan melaksanakan tindakan pengusiran kesemua bot berkenaan keluar dari perairan negara,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, terdahulu, pesawat B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya mengesan keberadaan lima bot tersebut buah kira-kira 44 batu nautika Tenggara Pulau Perak.
Katanya, maklumat pengesanan itu kemudiannya disalurkan kepada komponen maritim bagi tujuan tindakan lanjut.
“Kerjasama dan tindakan bersepadu serta penyaluran maklumat yang pantas oleh kesemua agensi terlibat akan memastikan setiap tindakan menceroboh akan sentiasa dipatahkan baik di laut mahupun di darat,” ujarnya.
Tegasnya, Angkatan Tentera Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.
Topic Berkaitan
#TLDM
#ceroboh perairan negara
#TUDM
#KD Mahawangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan