SERDANG: Dua lelaki warga Bangladesh nekad bersembunyi lebih dua jam di dalam longkang sebelum ditahan Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan di sini yang dijalankan bermula 3 pagi tadi.
Seorang daripada mereka selepas "kantoi" bersembunyi di dalam longkang itu berkata, dia takut dengan kehadiran anggota imigresen dan agensi keselamatan lain dan terus melarikan diri sebelum mengambil keputusan untuk melompat ke dalam longkang terbabit.
Ketika pemeriksaan, seorang daripada mereka memiliki pasport namun permit kerja telah tamat tempoh dan hanya terhad untuk bekerja dalam sektor pembinaan manakala seorang lagi hanya mempunyai dokumen pendaftran program rekalibrasi (program khas meregularisasikan pendatang tanpa izin di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan tertakluk kepada syarat-syarat ketat).
Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin yang menyertai operasi itu berkata, pihaknya telah memeriksa 530 warga asing terdiri daripada 504 lelaki dan 26 wanita.
"Daripada jumlah itu, warga Myanmar paling ramai diperiksa dengan 277 orang, Bangladesh (94), India (72), Indonesia (39), Nepal (15), Sri Lanka (sembilan), Pakistan (enam) dan seorang warga Vietnam," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas operasi tersebut.
"Kesemua tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana telah tinggal lebih masa," katanya.
Jumlah keseluruhan pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu masih belum dapat disahkan susulan pihak imigresen masih lagi menyemak dokumentasi setiap orang yang diperiksa.
Operasi yang berakhir kira-kira 6 pagi itu turut melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.
Difahamkan kesemua pendatang tanpa izin yang ditahan akan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor dan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih.
Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, pihaknya telah mengesan lebih 10 tapak niaga atau lesen perniagaan rakyat tempatan telah dijual kepada warga asing (ali baba) yang telah menyumbang kepada lambakan dan monopoli perniagaan warga asing terbabit.
Beliau berkata, kawasan yang diduduki penjaja warga asing ini sering dilihat tidak terjaga dan kotor hingga boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan keharmonian di sesuatu kawasan itu.
"Pemantauan berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil iaitu lesen akan ditarik balik sekiranya peniaga didapati menjual lesen mereka kepada warga asing," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di Pasar Borong Selangor, awal pagi tadi. - Gambar Bernama
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000
Seramai 16 pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.
Trump cadang Kanada jadi negeri ke-51 AS di bawah pentadbiran Trudeau - Laporan
Trump secara berseloroh mencadangkan bahawa Kanada akan lebih baik menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat (AS) sekiranya ekonominya tidak dapat bertahan dengan potensi tarif AS ke atas barangan Kanada.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Imigresen Sabah tahan 197 pendatang tanpa izin di Menggatal, Tuaran
Jabatan Imigresen Negeri Sabah menahan 197 pendatang tanpa izin dalam operasi di dua lokasi rumah kongsi tapak pembinaan perumahan di Menggatal dan Tuaran pada awal pagi ini.
Kerajaan cadang pinda Ordinan CAP.123 Sabah, tambah 48 seksyen baharu
Kerajaan bercadang meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123) bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan dengan sistem pentadbiran semasa JPN.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
Imigresen tahan 43 warga asing dalam Op Kutip di Kluang
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 43 pendatang tanpa izin dan seorang majikan rakyat tempatan dalam serbuan di sebuah tapak projek perumahan di Kluang, Jumaat lepas.