awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Black Flora gempur warga asing di Flora Damansara

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2019
23:24 MYT
Op Black Flora gempur warga asing di Flora Damansara
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1958.
Terasing di kawasan perumahan sendiri. Itu merupakan perasaan penduduk di Pangsapuri Flora Damansara apabila kawasan kediaman mereka kini merupakan sarang pendatang asing.
Walaupun pelbagai serbuan dan operasi dilakukan pihak berkuasa tetapi kehadiran warga asing ini dilihat kian bercambah umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Namun dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Polis Petaling Jaya di pangsapuri tersebut berjaya menahan 44 pendatang asing tanpa izin.
Operasi yang disertai Jabatan Imigresen Malaysia Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu telah memeriksa sekurang-kurangnya 61 warga asing.
Operasi juga dilakukan di rumah ke rumah untuk mengesan warga asing ini.
Operasi juga dilakukan di rumah ke rumah untuk mengesan warga asing ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, bertindak atas aduan diterima, pihaknya melakukan pemeriksaan di keseluruhan blok pangsapuri berkenaan.
Dengan kekuatan 14 pegawai serta 114 anggota penguat kuasa, 44 warga asing termasuk 10 wanita warga Indonesia, Nigeria, Bangladesh, India, Pakistan, Yaman, Nepal dan Iran ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri sah selain tinggal lebih masa.
"Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Imigresen dan Kastam. Operasi yang dijalankan juga susulan aduan penduduk di kawasan itu yang risau akan keselamatan mereka apabila melihat kehadiran ramai pendatang asing," katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1958.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#flora damansara
#India
#Indonesia
#jenayah
#keselamatan
#operasi
#Petaling Jaya
#wanita
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan