Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggabungkan tiga pasukan elitnya menerusi Op Cantas Khas 2 dalam usaha menangani kegiatan kongsi gelap dan pembunuh upahan di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) akan digerakkan dalam masa terdekat selepas perancangan terperinci dijalankan.
Jelas beliau, penggabungan itu merupakan sebahagian komitmen serius PDRM dalam menangani kegusaran masyarakat negara ini susulan beberapa kejadian tembak yang berlaku pada tahun ini.
"Segala tindakan kita dalam Op Cantas Khas 2 akan lebih baik berbanding dulu selepas kita memperhalusi segala kelemahan dalam Ops Cantas Khas yang pertama selain mempertingkatkan keupayaan dalam membanteras elemen kumpulan kongsi gelap.
"Kita menyedari jenayah tembak kini semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Justeru, kita akan melancarkan Op Cantas Khas 2 bagi mengekang penularan kes tembak dengan penambahbaikan tindakan operasi yang lebih efisyen.
"Ini termasuk menggabungkan ketiga-tiga pasukan operasi khas terdiri daripada STAGG, STING dan STAFOC yang akan dipengerusikan saya sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup pertandingan menembak International Practical Shooting Confederation (IPSC) Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2016, di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini hari ini.
Pada Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Op Cantas yang dijalankan polis ketika ini dipertingkatkan lagi dalam membendung aktiviti jenayah termasuk kes tembak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Menurut beliau, Op Cantas mungkin diperkenal ekoran peningkatan kes itu termasuk yang terbaharu melibatkan seorang pemilik syarikat peminjam wang, mati ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran Setapak Sentral di ibu negara, Rabu lalu.
Katanya, peningkatan kes jenayah berat seperti kes tembak di negara ini tiada kaitan dengan kelemahan undang-undang yang ada tetapi melibatkan beberapa perkara yang perlu dibuat penambahbaikan seperti pagar sempadan yang memudahkan penyeludupan senjata api berlaku.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jul 31 2016

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mencuba senjata jenis Rifle Sniper Barrett 12.7 mm pada majlis Penutup Pertandingan Menembak IPSC Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka PDRM 2016 di Lapang Sasar Briged Tengah PGA Cheras hari ini. - Foto BERNAMA

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO
Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
[TERKINI] Pengumuman calon bertanding di PRK DUN Pelangai
Ikuti pengumuman calon bertanding di PRK DUN Pelangai oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
UNGA ke-78: Malaysia kutuk tindakan pencerobohan Rusia di Ukraine
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari penyelesaian konflik antara Rusia dan Ukraine.Jelas Anwar, konflik yang berterusan tanpa sebarang rundingan aman diantara dua buah negara itu membawa kepada krisis makanan dunia.

Op Cantas Khas 2: STAGG, STING dan STAFOC digabung tangani kongsi gelap
Penggabungan itu merupakan sebahagian komitmen serius PDRM dalam menangani kegusaran masyarakat di negara ini.