awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op COVID-19: Lelaki mengaku bersalah halang tugas penjawat awam

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/03/2020
04:08 MYT
Op COVID-19: Lelaki mengaku bersalah halang tugas penjawat awam
S. Punniamurthy (kiri) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob. -Astro AWANI
Seorang mekanik kereta mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak pada Isnin atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam yang membuat pemantauan Op COVID-19, tiga hari lalu.
Mekanik, S. Punniamurthy, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menghalang tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintenden Juna Yusoff dengan enggan menunjukkan pengenalan diri apabila diminta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumahnya di Taman Orkid, Sungai Siput kira-kira jam 10 malam, 20 Mac lalu.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian tertuduh sedang minum dan mabuk dan telah menolak pegawai polis berkenaan selepas enggan menunjukkan kad pengenalan diri.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Norhabsarina kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 10 bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nurul Hanis Mohd Zaini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jean Siow Chung Hwei
#Juna Yusoff
#kad pengenalan diri
#Kanun Keseksaan
#koronavirus
#Mahkamah Majistret Sungai Siput
#mekanik kereta
#Norhabsarina Ayob
#Punniamurthy
#Seksyen 186
#Taman Orkid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan