awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Gasak: KPDN N.Sembilan rampas lebih 150 LPG, tahan lima lelaki

Bernama
Bernama
01/06/2025
13:45 MYT
Op Gasak: KPDN N.Sembilan rampas lebih 150 LPG, tahan lima lelaki
Pengarahnya Muhammad Zahir Mazlan berkata turut dirampas dalam serbuan menerusi Op Gasak itu ialah peralatan memindahkan gas dan beberapa dokumen perniagaan disyaki digunakan dalam urusan penyelewengan itu. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas lebih 150 tong gas petroleum cecair (LPG) pelbagai jenama dan saiz serta menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti memindahkan gas secara haram di sebuah stor di sini, Jumaat lepas.
Pengarahnya Muhammad Zahir Mazlan berkata turut dirampas dalam serbuan menerusi Op Gasak itu ialah peralatan memindahkan gas dan beberapa dokumen perniagaan disyaki digunakan dalam urusan penyelewengan itu dengan keseluruhan rampasan dianggar lebih RM50,000.
"Lima lelaki termasuk dua warga asing yang ditahan itu berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun.
"Siasatan mendapati premis berkenaan aktif menjalankan kegiatan pemindahan gas bersubsidi ke dalam tong yang tidak dibenarkan terutama pada waktu malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#op gasak
#kpdn
#Negeri Sembilan
#LPG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan