MANJUNG: Sebanyak 29 wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut, antara 39 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Perak dalam serbuan di empat premis sekitar Manjung.
Pengarah Imigresen Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
"Kesemua 39 pendatang tanpa izin yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam, Myanmar, Indonesia, Thailand dan China berusia 25 hingga 35 tahun.
"Kita telah melakukan serbuan di dua pusat hiburan karaoke dan dua pusat urut susulan aduan serta risikan mengenai aktiviti yang menawarkan khidmat GRO dan urut," katanya pada sidang media di sini awal pagi hari ini.
Meor Hezbullah berkata premis-premis terbabit telah diserbu pada tahun lepas dan didapati melakukan kesalahan berulang, justeru pihaknya akan memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Hasil semakan juga mendapati lesen hiburan di pusat hiburan terbabit masih sah namun kita akan buat semakan dengan pihak PBT sama ada premis ini memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh PBT untuk ia beroperasi," katanya.
Beliau berkata kesemua warga asing itu dibawa ke depoh tahanan di Ipoh bagi tujuan siasatan lanjut kerana dipercayai telah melakukan pelbagai kesalahan imigresen di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di dalam negara dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.
"Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan juga di bawah Akta Pasport 1966," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024
Meor Hezbullah Meor Abd Malik, Pengarah Imigresen Perak. - Gambar fail/BERNAMA
Kesuma sasar satu juta pekerja sendiri carum SKSPS tahun ini - Steven Sim
Unjuran positif itu susulan data daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan seramai 622,473 pencarum setakat ini.
Malaysia sasar 100,000 tan metrik daging tempatan menjelang 2030 - Mohamad Sabu
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 tan metrik pengeluaran daging tempatan menjelang 2030.
Kes pukul OKU: Grab Malaysia mohon pampasan daripada PERKESO
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembentangan itu membabitkan laporan interim, bertujuan bagi memperoleh kelulusan daripada Jemaah Menteri.
Suruhanjaya Gig: Cadangan akan dibentang di Mesyuarat Kabinet esok
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembentangan itu membabitkan laporan interim, bertujuan bagi memperoleh kelulusan daripada Jemaah Menteri.
TPM arah MOT bantu siasatan dakwaan kontena syarikat Israel di Iskandar Puteri
Kementerian Pengangkutan diarah membantu siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan Zim yang berpangkalan di Israel di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor.
Tukang cuci warga Indonesia ditahan rakam wanita dalam tandas
Polis menahan seorang tukang cuci tandas warga Indonesia yang disyaki merakam seorang wanita dalam tandas kedai menjual biskut, di Lorong Hang Jebat, di sini, pada Ahad lalu.
Kes pukul OKU: Grab Malaysia sudah mohon pampasan buat pemandu
Grab Malaysia sudah memohon pampasan bagi pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal pengiring baru-baru ini.
Abai anak hingga mati: Pasangan kekasih tukar pengakuan
Pasangan kekasih menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan mengabaikan anak perempuan berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya.
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
Suami Bunga Cinta Lestari didakwa gelapkan RM1.7 juta
Tiko Aryawardhana, suami Bunga Cinta Lestari, telah didakwa menggelapkan sejumlah wang bernilai RM1.7 juta milik AAS
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
GRO warga asing dicekup dalam serbuan kelab malam VIP
Kelab mewah di Jalan Perak di tengah segi tiga emas ibu negara itu baru sahaja beroperasi selama tiga bulan.
Disaji tarian ghairah wanita asing, pub di Subang Jaya diserbu
Masih tidak serik menggunakan wanita warga asing untuk menarik pelanggan, sebuah pub di Subang Jaya, Selangor sekali lagi diserbu polis.
GRO 'catwalk' separuh bogel, pusat hiburan di USJ diserbu
Sebuah pusat hiburan yang menggunakan taktik pertunjukan 'catwalk' oleh wanita warga asing berpakaian separuh bogel sebagai pelaris, akhirnya dibongkar polis.