MALAYSIA
Op Kesan 4.0: Lebih 200 premis diperiksa sejak 1 hingga 7 Julai - Armizan

Armizan bercakap pada sidang media selepas sesi libat urus Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan bersama para peniaga di bawah persatuan peniaga makanan negeri kelantan di sini hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Sebanyak 281 premis melibatkan 1,292 Unit Penyimpanan Stok (SKU) diperiksa oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Op Kesan 4.0 di seluruh negara sejak 1 Julai hingga semalam.
Ringkasan AI
- Sebanyak 281 premis melibatkan 1,292 SKU telah diperiksa menerusi Op Kesan 4.0, dengan dua Notis Hadir dikeluarkan dan 16 aduan sedang disiasat oleh KPDN.
- Empat elemen penilaian harga dan caj dikenakan semakan ketat, termasuk senarai barang, perniagaan berdaftar, tarikh pergerakan harga serta margin pencatutan, selaras pelaksanaan semakan SST.
- Peniaga dinasihat rujuk agensi berkaitan seperti Kastam dan Kementerian Kewangan bagi elak pelanggaran perundangan dalam pelaksanaan dasar cukai baharu.
"Hingga semalam sebanyak 16 aduan berkaitan Op Kesan 4.0 diterima dan sedang disiasat," katanya selepas sesi libat urus Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 bersama Persatuan Peniaga Makanan Negeri Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata sejajar dengan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (SST), tindakan susulan penguatkuasaan yang dilaksanakan terhadap sebarang maklumat pergerakan harga barang dan caj perkhidmatan akan melibatkan penelitian kepada empat elemen.
"Elemen itu ialah Senarai Barang dan Bentuk Perkhidmatan; Senarai Perniagaan dan Syarikat Berdaftar; Tarikh Pendaftaran dan Pergerakan Harga dan Caj; serta Margin Pergerakan dan Pencatutan.
"Setiap perniagaan dan syarikat dinasihatkan untuk mengambil kira kesemua empat elemen penilaian ini sebelum melakukan sebarang pergerakan harga dan caj," katanya.
Beliau berkata bagi mengelakkan sebarang pelanggaran kepada kerangka perundangan berkaitan, semua pihak perlu membuat rujukan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan berhubung polisi serta mekanisme perlaksanaan dasar baharu berkaitan SST.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami