PETALING JAYA: Sebanyak 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi berkenaan dilancarkan bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya selain memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam berjalan lancar serta selamat.
Beliau berkata, dalam operasi itu juga pihaknya akan memperbanyakkan rondaan dan pemantauan di jalan-jalan utama dan lokasi berisiko berlaku kemalangan.
"Penguatkuasaan yang tegas akan dijalankan bagi sembilan kesalahan utama antaranya melibatkan memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan dan memandu di lorong kecemasan.
"Dalam op ini anggota kami juga akan membuat pemeriksaan teknikal terhadap bas-bas di depoh bagi memastikan aspek keselamatan diutamakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekatan jalan raya sempena operasi berkenaan di Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai, di sini, malam tadi.
Mengenai sekatan jalan raya yang berakhir tengah malam tadi, Azrin berkata, sebanyak 497 motosikal diperiksa dan 340 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala tujuh notis larangan penggunaan kenderaan serta lapan notis arah pemeriksaan kenderaan dikeluarkan manakala 40 motosikal disita.
"Antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan advokasi penggunaan topi keledar dengan pemberian 15 topi keledar kepada penunggang dan pembonceng motosikal menggunakan topi keledar yang telah rosak dan tidak mengikut spesifikasi dalam sekatan jalan raya bermula 9 malam itu. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Sebanyak 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini. - Gambar fail
Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Capital A catat kerugian bersih RM91.55 juta pada suku pertama 2024
Capital A Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM91.55 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 berbanding keuntungan bersih RM57.09 juta padatempoh yang sama tahun lepas.
Pahang berjaya noktahkan kemiskinan tegar - MB
Pahang berjaya menoktahkan kemiskinan tegar semalam selari dengan aspirasi kerajaan sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Kerajaan rancang enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini, galak eksport francais
Kerajaan dengan kerjasama MFA merancang melaksanakan enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini dengan objektif untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara.
Rangka manusia ditemukan dalam belukar
Siasatan awal kita bagaimanapun tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berlaku di sebalik penemuan rangka manusia itu.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk - KHOM
Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas
Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya.