MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sejumlah 14,683 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April hingga semalam.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.
"Antara kesalahan motosikal yang diperiksa ialah 3,283 kes membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans, tiada lesen memandu (2,681 kes) dan lain-lain.
"Dalam tempoh itu juga JPJ memeriksa 59,771 kenderaan termasuk 25,841 motosikal yang telah diperiksa pada Op Khas HRA 2024 setakat ini," katanya kepada pemberita dalam operasi di Jalan Tun Fatimah, Bachang di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik Bahagian Penguatkuasa JPJ Dr Azmi Awang dan Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff.
Mengulas lanjut Lokman berkata JPJ akan melaksanakan operasi khas secara berfokus sempena perayaan Aidilfitri bermula Isnin lepas sehingga 20 April depan dalam usaha untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.
Beliau berkata op khas itu juga akan memfokuskan kepada pengesanan pematuhan syarat-syarat dan peraturan keselamatan, serta kenderaan dipandu dengan selamat berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan lain-lain.
"Justeru, bagi memastikan peningkatan pematuhan dan keperluan untuk memperbaiki tingkah laku pemandu, JPJ akan melaksanakan tiga jenis Op dalam tempoh tersebut iaitu Op Khas Kenderaan Komersial dan Teknikal (Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Barangan (KPB), Op Khas Motosikal dan Op Khas Sembilan Kesalahan Utama.
"Selain itu JPJ juga melaksanakan pemeriksaan di 54 depoh dan 28 terminal bas utama sepanjang tempoh ini bagi memastikan kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Datuk Lokman Jamaan (kanan) memeriksa lesen memandu salah seorang pengguna jalan raya menggunakan aplikasi MyJPJ ketika turun padang pada operasi Khas HRA 2024 di Jalan Tun Fatimah, Bachang lewat petang tadi. - Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu'
Jazmanie berkata JPJ telah adakan perbincangan dengan AGC sejak tiga bulan lepas sebagai cara memutuskan kitaran pesalah berulang ini.
Op Khas Motosikal: lebih 78,000 notis dikeluarkan dalam tempoh 29 hari
JPJ mengeluarkan 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh negara sejak operasi itu dilancarkan 1 Nov.
JPJ diberi mandat tangani kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi mandat penuh menangani isu kenderaan berat membawa muatan berlebihan yang dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.