awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry

Bernama
Bernama
27/12/2025
04:50 MYT
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
Pada SIIF yang berlangsung di Korea Selatan, PSIS memenangi Anugerah Emas menerusi inovasi A-Port Simulation: Inclusive Airport Experience with Interactive Navigation dan Anugerah Perak melalui projek PlantScape Apps for Residential 2.0.
KUALA LUMPUR: Kejayaan Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) meraih dua anugerah berprestij pada Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025 membuktikan politeknik bukan lagi pilihan kedua.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, kejayaan itu menunjukkan bahawa politeknik merupakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang melahirkan inovator berdaya saing, berfikir global dan mampu bersaing di pentas dunia.
"Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pasukan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan yang cemerlang," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Pada SIIF yang berlangsung di Korea Selatan, PSIS memenangi Anugerah Emas menerusi inovasi A-Port Simulation: Inclusive Airport Experience with Interactive Navigation dan Anugerah Perak melalui projek PlantScape Apps for Residential 2.0.
SIIF merupakan acara untuk para inovator dan penyelidik dari seluruh dunia mempamerkan idea serta produk baharu mereka kepada pengilang, pelabur, pengedar, syarikat perlesenan dan orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PSIS
#SIIF 2025
#TVET
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan