KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki dan merampas pebagai barang seludup dan barang bersubsidi dianggarkan bernilai lebih RM3.6 juta menerusi Op Kontraban di Selangor dan Johor, pada Rabu dan Khamis lepas.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata serbuan pertama dilakukan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Kajang, yang membawa kepada rampasan 25,306 kotak dan botol vape disyaki mengandungi nikotin.
"Serbuan kedua dilakukan di Johor Bahru, dan polis berjaya menumpaskan satu sindiket yang terlibat dengan kegiatan menjual dan membeli semula minyak diesel bersubsidi.
"Dalam serbuan ini enam lelaki ditahan dan sejumlah 45,997 liter minyak diesel, empat lori, lima unit tangki minyak diesel pelbagai jenis dan peralatan dirampas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Nilai rampasan bagi kedua-dua serbuan dalam operasi yang bermula dari 12 hingga 15 Julai lepas adalah RM3,688,850.
"Polis Diraja Malaysia melalui KDNKA (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) akan terus komited dalam melaksanakan operasi membanteras sindiket penyeludupan kontraban dan barangan kawalan atau subsidi agar ketirisan hasil negara dapat dibendung demi kepentingan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Polis menahan enam lelaki dan merampas pebagai barang seludup dan barang bersubsidi dianggarkan bernilai lebih RM3.6 juta menerusi Op Kontraban di Selangor dan Johor. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Op Kontraban: Enam lelaki ditahan, diesel dan vape bernilai RM3.6 juta dirampas
Polis menahan enam lelaki dan merampas pebagai barang seludup dan barang bersubsidi dianggarkan bernilai lebih RM3.6 juta menerusi Op Kontraban di Selangor dan Johor.
Polis Marin rampas rokok seludup, tahan lelaki cuba rasuah anggota PPM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penjualan dan penyimpanan rokok seludup selepas menahan dua individu lelaki dan wanita.