awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Murni: Lebih 18,000 anggota tentera siap siaga hadapi banjir

Bernama
Bernama
10/11/2023
20:20 MYT
Op Murni: Lebih 18,000 anggota tentera siap siaga hadapi banjir
Sejumlah 18,616 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersiap siaga menerusi 'Op Murni' bagi menghadapi bencana banjir sekiranya diperlukan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sejumlah 18,616 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersiap siaga menerusi 'Op Murni' bagi menghadapi bencana banjir sekiranya diperlukan.
Tentera Darat Malaysia (TDM), dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, operasi itu akan dilaksanakan apabila Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri, Daerah memerlukan ATM untuk membantu agensi kerajaan berkaitan dalam memberi bantuan kepada penduduk terjejas termasuk membaik pulih pelbagai kemudahan awam.
Menurut TDM, skop penugasan ATM semasa berlakunya bencana termasuklah menyediakan bantuan angggota di semua peringkat dan bantuan pengangkutan secara terhad bagi pergerakan di darat, udara dan laut.
"TDM menyediakan bantuan peralatan logistik seperti peralatan jentera, khidmat kepakaran seperti pakar letupan, kejuruteraan, perhubungan perubatan medan, pemindahan ketika bencana, bantuan penyelam bagi operasi mencari dan menyelamat.
"Antara aset yang terlibat sebanyak 307 buah bot, jaket keselamatan (6,238), kenderaan satu tan (372), peralatan sokongan generator set (136), pesawat (26) dan empat paramedik bagi setiap pasukan akan ditubuhkan di setiap formasi Briged TDM," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Hospital Medan ATM Tahap Dua yang mempunyai kemudahan Dewan Bedah, Bius dan ICU dengan 112 staf terdiri daripada enam pakar perubatan, enam pegawai perubatan, 100 staf sokongan klinikal dan bukan klinikal akan diaturgerak sekiranya hospital kerajaan terputus hubungan.
"Selain itu, TDM menyediakan bantuan bagi program pemulihan dan pembangunan semula selepas bencana sekiranya diperlukan," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, ATM juga melantik Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai peneraju Op Murni melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan diberi kuasa Operational Command ke atas atur gerak anggota.
Menurut kenyataan itu, kesiap-siagaan ATM itu adalah kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara, Pihak Berkuasa Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"ATM sentiasa menzahirkan komitmen dan bersedia untuk membantu agensi kerajaan dan rakyat ketika menghadapi saat sukar berdepan bencana, tidak kira apa juga situasi yang dihadapi demi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara," menurut kenyataan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Murni
#Angkatan Tentera Malaysia
#bencana banjir
#Tentera Darat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan