awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Noda: 14 ditahan dalam serbuan di enam pusat hiburan

Bernama
Bernama
02/11/2025
14:30 MYT
Op Noda: 14 ditahan dalam serbuan di enam pusat hiburan
Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas pelbagai peralatan audio, lima botol minuman keras pelbagai jenama, lima resit perniagaan dan wang tunai berjumlah RM799. - Gambar PDRM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 individu ditahan dalam serbuan di enam pusat hiburan beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah dan melebihi masa, di sekitar ibu negara menerusi Op Noda awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata daripada jumlah yang ditahan, enam terdiri lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga kaunter dan lima wanita warga Thailand disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).
Beliau berkata seorang lagi lelaki warga Bangladesh dan dua wanita warga Indonesia dan kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 45 tahun.
"Premis-premis itu juga didapati tidak memiliki lesen minuman keras yang sah dan mengupah pekerja warga asing tanpa permit kerja sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas pelbagai peralatan audio, lima botol minuman keras pelbagai jenama, lima resit perniagaan dan wang tunai berjumlah RM799.
Operasi itu secara keseluruhan telah memeriksa 146 individu, merangkumi 129 pengunjung dan 17 pekerja.
Kes disiasat mengikut Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992, Akta Eksais 1976, dan Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#warga asing
#minuman keras
#op noda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan