awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Patuh: 229 pekerja asing ditahan, kilang dikompaun RM30,000

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
30/06/2021
12:08 MYT
Op Patuh: 229 pekerja asing ditahan, kilang dikompaun RM30,000
Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati sebahagian yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menyalahgunakan Pas Kerja dan tinggal lebih masa. - Foto Astro AWANI
KLANG: Seramai 229 pekerja warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan yang dilakukan di sebuah kilang pelupusan besi di Meru, Klang, Selangor pada Rabu.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Khairul Dzaimee Daud serbuan tersebut dilakukan oleh 90 pegawai dengan dibantu 35 pegawai penguatkuasa dari beberapa agensi lain.
"Operasi ini merupakan salah satu siri Op Patuh yang dijalankan secara bersepadu bersama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa agensi lain yang berkaitan. Selain dari pemeriksaan pematuhan SOP PKP, JIM turut memeriksa semua pekerja asing yang didapati bekerja di kilang ini," jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Hasil pemeriksaan di premis tersebut, seramai 229 orang lelaki warga asing yang terdiri daripada 99 warga India, 88 warga Bangladesh, 33 warga Pakistan, lima warga Myanmar, tiga warga Indonesia dan seorang warga Nepal ditahan.
Kilang tersebut turut di kenakan tindakan kompaun RM10,000 oleh PDRM kerana melanggar SOP PKP dan oleh JTK sebanyak RM20,000 kerana gagal mematuhi SOP PKP bagi pengurusan tempat kerja.
Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati sebahagian daripada yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menyalahgunakan pas kerja dan tinggal lebih masa.
Kesemua tahanan dibawa menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan di atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Topic Berkaitan
#PAS
#PDRM
#Bangladesh
#Semenyih
#Klang
#Kementerian Dalam Negeri
#KDN
#SOP
#Indonesia
#COVID-19
#Malaysia
#pekerja asing
#Akta Imigresen
#Op Patuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan