awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Samseng: 87 saman di lokasi lumba haram

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2022
21:40 MYT
Op Samseng: 87 saman di lokasi lumba haram
Sebanyak 87 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Hulu Selangor pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Sebanyak 87 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan di laluan tumpuan untuk berlumba haram di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, op tersebut adalah untuk mencegah aktiviti lumba haram di kawasan tersebut.
"Bagaimanapun objektif utama operasi ini adalah untuk memberi kesedaran dengan mengambil tindakan saman ke atas pesalah jalan raya.
"Polis turut memberi nasihat kepada orang awam supaya lebih berhemah dalam pemanduan terutama di kawasan-kawasan yang berselekoh tajam bagi mengelakkan peningkatan kemalangan jalan raya," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Beliau berkata, sementara itu sebanyak 998 saman trafik dikeluarkan sejak Januari hingga Sabtu menerusi 16 Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Langat sepanjang tahun ini.
Arsad berkata, sebanyak 3,226 saman dikeluarkan dalam 96 operasi yang dijalankan BSPT Hulu Langat sepanjang tahun 2021.
"Operasi berterusan akan dijalankan untuk mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Jalan Sungai Tua-Ulu Yam
#Op Samseng
#saman
#lumba haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan