awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Samseng Jalanan: 14 termasuk remaja 15 tahun ditahan

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2021
01:13 MYT
Op Samseng Jalanan: 14 termasuk remaja 15 tahun ditahan
Operasi dijalankan di Lebuhraya DUKE dan Lebuhraya AKLEH berikutan aduan dan risikan yang dilakukan sejak seminggu lalu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Remaja bawah umur antara 14 penunggang motosikal yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan awal pagi tadi.
Operasi bermula jam 11 malam dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, diketuai ASP Ahmad Fuad Mahmod.
Mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 34 tahun.
Sebahagian besar ditahan kerana menunggang secara melulu serta berbahaya.
Sementara remaja 15 tahun ditahan kerana menggunakan plat motorsikal palsu.
Operasi dijalankan di Lebuhraya DUKE dan Lebuhraya AKLEH berikutan aduan dan risikan yang dilakukan sejak seminggu lalu.
Dua individu yang ditahan turut mempunyai rekod jenayah memiliki barangan curi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara berbahaya dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Op Samseng Jalanan
#remaja
#motosikal
#mat rempit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan