Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun

Operasi itu dilakukan di Jalan Batu 49 hingga lampu isyarat Alur Tempoyak dan Jalan Lapangan Terbang Sura Hujung. - Gambar/ FB Zucheq Dungun
DUNGUN: Polis menahan 157 penunggang motosikal selepas didapati terlibat dalam aksi berbahaya menerusi Op Samseng Jalanan di sini petang semalam.
Ringkasan AI
- Polis menahan 157 penunggang motosikal di Dungun selepas terlibat dalam aksi berbahaya menerusi Op Samseng Jalanan.
- Operasi dilakukan berdasarkan aduan penduduk setempat dan risikan terhadap kumpulan penunggang motosikal berkenaan.
- Sebanyak 259 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas seperti tiada lesen memandu dan motosikal bising.
"Sebanyak 36 pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun serta dibantu anggota daripada pelbagai jabatan lain terlibat dalam operasi tersebut.
"Kesemua motosikal yang ditahan telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata melalui operasi sama sebanyak 259 saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang berusia 15 hingga 30 tahun atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Antara saman yang dikeluarkan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai struktur kenderaan dan ekzos bising. Motosikal yang ditahan atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan akan disita hingga mereka melengkapkan semula komponen yang diubah suai itu," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


