KUALA LUMPUR: Sebanyak 809 kemalangan jalan raya dengan dua kes kematian direkodkan di sekitar ibu negara, sepanjang empat hari pelaksanaan Op Selamat ke-19 sejak Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Saleh berkata kedua-dua kes kematian itu berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Besraya melibatkan penunggang motosikal.
"JSPT akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan supaya dapat meminimumkan kes kemalangan dan kematian dalam Op Selamat kali ini.
"Bagi tujuan itu JSPT menempatkan anggota di enam lokasi yang telah dikenal pasti kerap berlaku kemalangan iaitu di Jalan Duta, Jalan Pahang, Jalan Cheras, Jalan Kuching, Jalan Syed Putra dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban," katanya kepada pemberita selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Stesen LRT Bangsar, di sini, awal pagi tadi.
Sementara itu, sebanyak 1,899 saman telah dikeluarkan dalam operasi SJR malam tadi, termasuk di dua lokasi lain iaitu di Jalan Genting Klang dan Jalan Ampang, di sini, menjadikan jumlah keseluruhan 7,998 saman telah dikeluarkan sepanjang Op Selamat kali ini, membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya.
Beliau berkata sebanyak 28 tangkapan juga dilakukan iaitu 19 kes mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, enam kes (Seksyen 42 APJ 1987) dan tiga kes (Seksyen 108 APJ 1987).
Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari mulai 18 sehingga 27 Jan secara serentak di seluruh negara dan telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain di Ayer Keroh, Melaka 13 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023

JSPT akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan supaya dapat meminimumkan kes kemalangan dan kematian dalam Op Selamat kali ini. - Gamnbar hiasan

Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi - Ab Rauf
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.

Op Selamat 19 catat peningkatan kemalangan 41 peratus
Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina yang dijalankan pada 18 hingga 27 Jan lepas mencatatkan peningkatan kes kemalangan jalan raya sebanyak 41 peratus.

Op Selamat 19: Kelantan catat 407 kemalangan
Daripada jumlah itu, 10 kes kemalangan maut direkodkan dengan tiga daripadanya adalah penunggang motosikal.

Op Selamat 19: 1,591 kemalangan direkod pada hari kelapan
Mat Kasim Karim berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 1,891 kenderaan.

1,312 kemalangan hari keenam Op Selamat
Sebanyak 1,312 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Lebih 1,400 kemalangan hari kelima Op Selamat 19
Sebanyak 1,445 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kelima Op Selamat 19, semalam.

58 kematian setakat empat hari Op Selamat 19
Sebanyak 52 kemalangan maut melibatkan 58 kematian direkodkan di seluruh negara setakat empat hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina.

Op Selamat-19: 809 kemalangan direkodkan di sekitar ibu negara
Dua kes kematian berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Besraya melibatkan penunggang motosikal.

Op Selamat 19: 18 kemalangan maut, 22 kematian hari ketiga
JSPT menasihatkan agar semua pengguna jalan raya untuk kekal berhati-hati dan berhemah agar risiko kemalangan dapat dielakkan.

Op Selamat 19: Tujuh kematian akibat kemalangan jalan raya di Johor sejak Rabu lepas
Enam kemalangan maut membabitkan tujuh kematian direkodkan di Johor setakat hari ketiga Op Selamat 19 yang bermula sejak Rabu lepas.

PDRM guna dron pantau trafik di Lebuhraya Utara Selatan
PDRM sentiasa komited dalam memastikan kelancaran lalu lintas untuk keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya.