awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat: 5,042 saman pandu laju dikeluarkan di Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
31/01/2022
23:19 MYT
Op Selamat: 5,042 saman pandu laju dikeluarkan di Terengganu
Wan Rukman (tengah) menyantuni pengguna jalan raya ketika operasi Op Selamat diadakan di Terengganu. - Astro AWANI
KUALA NERUS: Polis Terengganu mengeluarkan 6,094 saman dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Op Selamat ke-17 sempena Tahun Baru Cina di Terengganu.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Wan Rukman Wan Hassan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 5,042 adalah kesalahan pandu laju manakala selebihnya melibatkan pelbagai kesalahan lain.
Menurut Wan Rukman, kemasukan sehingga 37,836 kenderaan dalam sehari di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan saman trafik.
Jelasnya, jumlah itu adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada bilangan pada hari biasa sebelum ini.
"Daripada pemantauan yang telah kita buat semasa Op Selamat itu, kita dapati aliran trafik, aliran pergerakan kenderaan sebenarnya bermula dari 28 Januari, kita dapati agak sesak sedikit tetapi tidaklah sampai menyebabkan kenderaan terhenti.
"Tapi mungkin aliran kenderaan itu terlalu banyak pada 28 dan 29 Januari, jadi pada 30 dan 31 Januari kita dapati keadaan agak selesa, pergerakan tidak terlalu banyak," katanya.
Wan Rukman berkata, sepanjang tempoh Op Selamat dilancarkan, sebanyak 98 kes kemalangan dengan dua kematian direkodkan berbanding 85 kes dan tiga kematian yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun 2020.
Jelasnya bagi membendung peningkatan jumlah tersebut daripada terus meningkat, sebanyak tujuh sekatan jalan raya di seluruh negeri telah dibuat dengan melibatkan seramai 163 anggota dan pegawai polis.
Topic Berkaitan
#Op Selamat
#saman
#LPT2
#Wan Rukman Wan Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan