awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MITRA kini di bawah KESUMA - Ramanan
Ringgit capai paras tertinggi baharu 3.9540 berbanding dolar AS, terus catat aliran meningkat
Pemandu pelancong wajib lulus kursus ILP sebelum dilesenkan - MOTAC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Suri: Keluarga pertimbang lantik peguam pemerhati

Sinar Harian
Sinar Harian
27/01/2026
06:00 MYT
Kematian Suri: Keluarga pertimbang lantik peguam pemerhati
Zainizan dibawa polis ke Mahkamah Majistret Rembau. - Foto Sinar Harian
REMBAU: Keluarga kepada Allahyarham Suri Narudin, 53, mempertimbangkan untuk melantik peguam pemerhati bagi mengikuti prosiding kes kematian wanita itu.
Anak saudara Allahyarham, Sara Alias, 38, berkata, perkara berkenaan akan diputuskan selepas melihat perkembangan kes tersebut.
“Kita akan tengok dahulu bagaimana prosiding kes ini berjalan. Jika ada perkara yang tidak memuaskan hati, barulah kita akan melantik peguam pemerhati.
“Sebab itu kami hadir sendiri untuk mengikuti perkembangan kes ini,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Dia bersama keluarga tiba di mahkamah jam 7.30 pagi bagi mengikuti prosiding sebutan semula kes tersebut untuk kemukakan laporan bedah siasat.
Bagaimanapun Pegawai Pendakwa, Ali Yaacob memberitahu mahkamah yang laporan berkenaan belum diperolehi.
Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali kemudian menetapkan 3 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula bagi laporan bedah siasat.
Media sebelum ini melaporkan, pada 26 Disember lalu, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin atas pertuduhan membunuh Suri, yang mayatnya ditemukan di dalam sebuah beg dan ditanam di belakang sebuah rumah di Rembau.
Tertuduh, Zainizan Zainal, 52, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa membunuh Suri di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi, Rembau antara 7 hingga 18 Disember lalu. -- Sinar Harian


Topic Berkaitan
#kematian Suri
#Peguam Pemerhati
#Rembau
#Zainizan Zainal
#Mayat dalam beg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan