awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat: 656 kemalangan dengan 17 kematian direkodkan di Pahang

Bernama
Bernama
02/05/2023
08:24 MYT
Op Selamat: 656 kemalangan dengan 17 kematian direkodkan di Pahang
Ramli berkata jumlah kemalangan itu menunjukkan penurunan sebanyak 34 kes berbanding Op Selamat ke-18 pada tahun lepas, namun bilangan kematian meningkat tiga kes. -Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Pahang merekodkan sejumlah 656 kemalangan dengan 17 kes kematian sepanjang lapan hari Op Selamat ke-20 dilaksanakan bermula 20 April lepas sempena Aidilfitri, kata Ketua Polis Negeri Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Beliau berkata jumlah kemalangan itu menunjukkan penurunan sebanyak 34 kes berbanding Op Selamat ke-18 pada tahun lepas, namun bilangan kematian meningkat tiga kes.
Katanya analisis menunjukkan kemalangan maut berlaku di kawasan yang bukan dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan atau 'blackspot'.
"Malah pada Op Selamat kali ini, kemalangan maut banyak berlaku di kawasan jalan biasa atau jalan kampung dengan 13 kes direkodkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Ramli memaklumkan 2,300 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan, selain 10 tangkapan turut dilaksanakan antaranya melibatkan kes memandu secara melulu dan berbahaya, memandu di bawah pengaruh alkohol serta menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Menurutnya seramai 378 petugas daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik; Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta petugas am terlibat sepanjang operasi itu berlangsung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Selamat ke-20
#Aidilfitri
#Ramli Mohamed Yoosuf
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan