awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan

Bernama
Bernama
01/04/2024
15:39 MYT
Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan
Muhamad Zaki menunjukkan antara barang rampasan dalam Op Tapis Bersepdu di Kelantan. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Tiga penjawat awam membabitkan pembantu kesihatan, anggota polis dan tentera serta dua pelajar sekolah antara 940 individu ditahan berkaitan dadah menerusi Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bermula 21 Mac lalu hingga semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua penjawat awam yang ditahan berusia dalam lingkungan 30-an manakala pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun.
Katanya, daripada jumlah individu yang ditahan itu, seramai 901 adalah warga tempatan manakala 39 adalah warga asing.
"Polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM763,429 selain menyita pelbagai barangan kemas, kenderaan dan wang tunai berjumlah RM116,281.
"Kesemua yang ditahan telah melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Langkah-Langkah Pencegahan Khas dan Akta Racun 1952," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai paras air Sungai Golok yang semakin cetek sehingga dibimbangi mengundang kegiatan penyeludupan, Muhamad Zaki berkata pihaknya akan memantau sekiranya terdapat 'lokasi panas' baharu wujud di sempadan Malaysia-Thailand.
"Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan tetap memantau kawasan sempadan terutama apabila air Sungai Golok cetek, apa sahaja boleh berlaku terutamanya penyeludupan barangan mahupun pendatang tanpa izin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#petugas kesihatan
#Op Tapis
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan