awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Vulture: 3,917 kain rentang iklan, poster pemberi pinjaman wang tanpa lesen diturunkan

Aida Aziz
Aida Aziz
26/05/2023
22:03 MYT
Op Vulture: 3,917 kain rentang iklan, poster pemberi pinjaman wang tanpa lesen diturunkan
Kesemua kain rentang iklan dan poster yang diturunkan diserahkan kepada pihak MBI bagi tujuan pelupusan. - Foto ihsan PDRM
IPOH: Sebanyak 3,917 unit kain rentang iklan serta poster yang disyaki dipasang oleh pemberi pinjaman wang tanpa lesen di sekitar bandar raya ini diturunkan menerusi Op Vulture bersepadu semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan operasi bersepadu itu membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
"Untuk makluman, operasi bersepadu ini melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.
"Selain itu, turut sama, 25 balai polis di bawah pentadbiran IPD Ipoh serta pasukan penguat kuasa MBI," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Katanya lagi, kesemua kain rentang iklan serta poster tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak MBI bagi tujuan pelupusan.
Foto PDRM
Foto PDRM
Yahaya berkata, polis turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau meminjam wang melalui mana-mana aplikasi dalam talian yang dikendalikan oleh pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
Jelasnya, permohonan pinjaman wang boleh dibuat di institusi kewangan berlesen atau syarikat pemberi pinjam wang yang diluluskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Foto PDRM
Foto PDRM
Topic Berkaitan
#kain rentang iklan
#Op Vulture
#Ipoh
#pemberi pinjaman wang tanpa lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan