OpenAI mula rancang penyenaraian awam, nilai dijangka cecah AS$1 trilion

OpenAI rancang penyenaraian awam seawal 2026-2027 dengan nilai dijangka mencecah AS$1 trilion, menjadikannya antara IPO terbesar dalam sejarah. -Gambar fail/Reuters
OPENAI dilaporkan sedang merancang langkah awal untuk menyenaraikan syarikat di bursa saham, dengan penyenaraian dijangka berlaku seawal 2026 atau 2027.
Ringkasan AI
- OpenAI rancang penyenaraian awam seawal 2026-2027 dengan nilai dijangka mencecah AS$1 trilion, menjadikannya antara IPO terbesar dalam sejarah.
- Struktur korporat baharu kekalkan kawalan OpenAI Foundation, manakala Microsoft miliki 27% pegangan ekuiti bernilai AS$135 bilion.
- Walaupun belum untung, OpenAI sasarkan pendapatan AS$13 bilion tahun ini dan rancang pelancaran peranti AI fizikal pertama hasil kerjasama dengan Jony Ive.
Dalam struktur baharu ini, Microsoft memiliki sekitar 27 peratus pegangan ekuiti, bernilai kira-kira AS$135 bilion.
Walaupun nilai syarikat semakin meningkat, OpenAI masih belum mencapai keuntungan. Sepanjang separuh pertama 2025, syarikat itu menjana pendapatan sekitar AS$4.3 bilion tetapi mencatat kerugian sebanyak AS$13.5 bilion, sebahagian besarnya disebabkan oleh kos penyelidikan dan pembangunan serta pampasan berasaskan saham.
OpenAI menyasarkan untuk menjana pendapatan tahunan sekitar AS$13 bilion menjelang akhir tahun ini, dan dijangka memperkenalkan peranti fizikal pertama mereka pada 2026.
Peranti tersebut, hasil kerjasama dengan bekas ketua reka bentuk Apple, Jony Ive, dijangka berupa *AI-native device* yang bersifat kontekstual dan tanpa skrin, seperti pin boleh pakai atau pembesar suara pintar.
Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, menyatakan bahawa penyenaraian awam adalah laluan paling mungkin bagi syarikat itu, memandangkan keperluan modal yang tinggi untuk membina infrastruktur AI berskala besar.
Syarikat itu merancang untuk melabur sehingga AS$1.4 trilion dalam pembangunan pusat data dan cip AI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


