GADGETS
OpenAI perkenal integrasi aplikasi dalam ChatGPT

OpenAI memperkenalkan integrasi aplikasi dalam ChatGPT termasuk Booking.com, Canva dan Spotify. -Foto Amanz
OPENAI hari ini membuat kejutan dan memperkenalkan integrasi aplikasi dalam ChatGPT, sekali gus membolehkan pengguna menggunakan dan mengakses pelbagai aplikasi terus daripada antara muka ChatGPT.
Ringkasan AI
- OpenAI memperkenalkan integrasi aplikasi dalam ChatGPT termasuk Booking.com, Canva dan Spotify.
- Pengguna kini boleh melaksanakan tugasan seperti reka bentuk, pembelajaran dan carian penginapan tanpa meninggalkan ChatGPT.
- SDK aplikasi turut ditawarkan kepada pembangun untuk membina aplikasi tersuai dalam ChatGPT.
Sebagai contoh, anda boleh meminta ChatGPT untuk melakukan sejumlah carian data, dan menyusunnya dalam bentuk fail pembentangan, dan meminta reka bentuk akhir dilakukan oleh Canva.
Perkara sama juga anda boleh minta seperti ingin pelajari lanjut melalui Coursera, atau ingin mencari tempat penginapan, atau sekiranya ingin membuat senarai main lagu.
Integrasi ini juga turut membuatkan pengguna boleh melakukan pelbagai perkara tanpa perlu meninggalkan ChatGPT, selain menjadikan ChatGPT sebagai perkhidmatan dituju untuk menggunakan dan melaksanakan pelbagai perkara.
ChatGPT turut menawarkan Apps SDK ditawarkan kepada pembangun, membolehkan pelbagai pembangun aplikasi diluar sana membangunkan aplikasi dan menawarkannya melalui ChatGPT. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami