awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi Benteng: 5 PATI cuba ceroboh masuk negara ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/11/2020
06:49 MYT
Operasi Benteng: 5 PATI cuba ceroboh masuk negara ditahan
Kesemua lima PATI yang berusia 22 hingga 41 tahun itu dipercayai baru sahaja tiba di negara ini. - Foto: ATM
JOHOR BAHRU:Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang wanita ditahan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Operasi Benteng ketika cuba menceroboh masuk negara melalui jalan tidak sah.
Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), tangkapan pertama melibatkan dua rakyat asing itu dilakukan kira-kira pukul 2.10 pagi oleh Quick Reaction Force (QRF) di Kampung Masjid, Teluk Ramunia, Bandar Penawar, Johor.
"Susulan daripada tangkapan itu, pasukan penguat kuasa menahan tiga lagi PATI yang bersembunyi berhampiran Kampung Wakap kira-kira pukul 9 pagi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Berdasarkan siasatan awal, kenyataan itu berkata, kesemua lima PATI yang berusia 22 hingga 41 tahun itu dipercayai baru sahaja tiba di negara ini.
Katanya, pasukan penguat kuasa turut merampas sejumlah mata wang Malaysia dan Indonesia yang bernilai hampir RM1,493 dan dua buah telefon pintar.
"Kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen.
Kenyataan itu memberitahu, Tim QRF terus mejejaki kemungkinan ada lagi saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.
Topic Berkaitan
#Tim QRF
#Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia
#pendatang asing tanpa izin
#Joko Widodo
#jalan tikus
#cereboh masuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan