awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi cari nelayan hilang diteruskan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/06/2022
22:00 MYT
Operasi cari nelayan hilang diteruskan
Sebanyak 15 aset termasuk kapal dan bot milik Maritim Malaysia, JBPM, APM dan nelayan turut digerakkan dalam misi pencarian itu. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Lebih 90 kekuatan termasuk nelayan tempatan berganding bahu bagi mencari dan mengesan seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada bot pukat jerut pada Sabtu lalu.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata menerusi pencarian itu sebanyak 15 aset termasuk kapal dan bot milik Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan nelayan turut digerakkan dalam misi pencarian itu.
Katanya radius pencarian yang memasuki hari keempat turut dipertingkatkan merangkumi keluasan lebih 150 batu nautika persegi sehingga ke perairan Pulau Redang.
Bagaimanapun setakat ini masih tiada sebarang petunjuk positif yang ditemui pasukan pencarian.
Jelas Muhammad Suffi, pos hadapan Carilamat juga turut ditubuhkan di Pantai Seberang Takir.
Pada Sabtu seorang nelayan hilang dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika dalam perjalanan pulang daripada menangkap ikan.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar enam batu nautika muara Kuala Terengganu pada awal pagi Sabtu.
Mangsa Mohd Farhan Mohd Zaki, 20, dari Bachok, Kelantan disedari tidak berada di atas bot terbabit semasa merapat ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Kambing, di sini kira-kira jam 6 pagi.
Topic Berkaitan
#nelayan
#bot pukat jerut
#lemas
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan