KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia sekali lagi melanjutkan tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hingga 9 malam ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata langkah itu susulan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai yang berkunjung ke program berkenaan yang memasuki hari terakhir hari ini.
"Seperti biasa, sebanyak 14 kaunter saman trafik dibuka hari ini dan ada anggota polis trafik yang bertugas boleh membantu mempermudah urusan orang ramai membayar saman," katanya hari ini.
Pada Jumaat lepas, operasi kaunter diskaun saman dibuka pada 9 pagi hingga 4 petang, bagaimanapun disebabkan orang ramai berpusu-pusu ingin membayar saman trafik dengan diskaun 50 peratus, operasi kaunter itu semalam dilanjutkan hingga 9 malam.
Sementara itu, tinjauan di kaunter-kaunter bayaran saman trafik mendapati ribuan pengunjung yang datang seawal 7 pagi hingga kini beratur panjang untuk membayar saman sambil dibantu anggota polis trafik.
Pekerja sektor swasta Abu Bakar Omar, 45, berkata dia sanggup datang dari Ayer Keroh, Melaka, semata-mata untuk mendapatkan diskaun bayaran saman.
"Saya dapat maklumat hanya di Bukit Jalil sahaja dapat boleh dapat diskaun saman dan tidak di tempat lain. Saya bergerak dari Ayer Keroh kira-kira 5 pagi untuk ke Bukit Jalil," katanya.
Mahasiwa sebuah universiti awam, Ahmad Daniel Mohd Ali, 24, berkata dia juga mengambil peluang hari cuti hari ini untuk mendapatkan diskaun saman.
"Peluang sedemikian mungkin tidak dapat lagi dan hanya boleh didapati apabila ada program-program kerajaan," katanya.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari mulai Jumaat, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan Madani, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
Kemuncak program itu merupakan majlis penutup yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Tempoh operasi kaunter dilanjutkan susulan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai yang berkunjung ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang memasuki hari terakhir hari ini. - Foto Bernama
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
PDRM sekali lagi melanjutkan tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.