awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan

Bernama
Bernama
28/01/2025
06:15 MYT
Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan
Pencarian hari ini meliputi kawasan radius dua kilometer dari Rumah Pam Taman Kemang, selain melakukan rondaan di sekitar Sungai Johor.- Gambar fail/Sinar Harian
KOTA TINGGI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil selipar di Jalan Kundang, Taman Kota Jaya di sini semalam, diteruskan hari ini.

Ringkasan AI
  • Operasi SAR diteruskan bagi mencari kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang.
  • Pasukan SAR terdiri daripada IPD Kota Tinggi, Balai Bomba dan Penyelamat, PPDA negeri serta APM.
  • Mangsa terjatuh ke dalam longkang besar dan dibawa arus deras, sementara rakan mangsa meminta bantuan yang kemudian dimaklumkan kepada pihak polis oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata operasi mencari Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif diteruskan sekitar pukul 8.30 pagi, selepas dihentikan pada 12 tengah malam tadi, kerana tiada petunjuk ditemukan.
Beliau berkata pasukan SAR terdiri daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) negeri serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Pencarian hari ini meliputi kawasan radius dua kilometer dari Rumah Pam Taman Kemang, selain melakukan rondaan di sekitar Sungai Johor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof berkata siasatan awal mendapati mangsa cuba mengambil seliparnya yang jatuh ke dalam longkang besar sebelum terjatuh dan dibawa arus air deras.
"Rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian telah bertindak menjerit meminta bantuan dan didengari orang awam sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#terjatuh longkang
#Kota Tinggi
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan