Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sedang memberi tumpuan kepada operasi pemadaman kebakaran hutan sekunder di kawasan Eastwood Valley Golf and Country Club Miri, Jalan Miri By Pass.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak Tiong Ling Hii berkata sungguhpun ketika ini kawasan kebakaran tidak besar, namun api perlu dikawal lebih awal agar tidak merebak ke kawasan lain dalam skala yang besar.
"Tindakan mengadakan 'Fire Break' juga telah dilakukan di kawasan itu dengan menggunakan dua jentera pengorek," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Sementara itu katanya satu lagi lokasi kebakaran hutan yang dikesan di Miri adalah di kawasan ladang di hujung landasan Lapangan Terbang Miri.
"Memandangkan kawasan itu agak jauh dan tiada penempatan berdekatan, selain sukar untuk diakses dan mendapatkan punca air, maka kawasan itu dibiarkan dahulu sementara mencari jalan penyelesaian lain. Setakat ini, kawasan yang terjejas di kawasan hujung landasan hanya meliputi 40 hektar dan tompokan hanya berbaki 10 ekar sahaja." katanya.
Dalam perkembangan yang lain, Tiong berkata, operasi pemadaman tanah gambut di Sri Aman yang membabitkan kawasan Jalan Kejatau-Lingga telah pun ditamatkan pada pukul 2.52 petang Rabu.
Berdasarkan sumber Jabatan Alam Sekitar Sarawak, 11 titik panas dikesan ketika ini, yakni enam di Miri, Bintulu (1), Sibu (1) ,Kapit (1) dan Lubok Antu (2)
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 25 2019
Berdasarkan sumber Jabatan Alam Sekitar Sarawak, 11 titik panas dikesan ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Sarawak kini bertumpu di Miri - Bomba
JBPM Sarawak sedang memberi tumpuan kepada operasi pemadaman kebakaran hutan sekunder di kawasan Eastwood Valley Golf and Country Club Miri.